Drama ‘Hati Yang Tersakiti’ arahan Feroz Kader menjadi buah mulut netizen sebelum ini kerana didakwa meniru jalan cerita drama Korea The World of the Married. Kali ini, drama tersebut dikatakan telah meniru poster drama Thailand pula.

Menerusi perkongsian di Facebook, kita dapat lihat terdapat persamaan pada kedua-dua poster. Dari segi pelakon dan kemesraannya memang berbeza. Akan tetapi, style bergambar dan warna baju kelihatan sama.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata menyindir secara halus. Malah, ada juga mengatakan seharusnya karya tempatan memiliki kreativiti sendiri dan tidak meniru karya lain.

oh

ohh2

Berikutan itu, Shuhaimi Lua yang juga merupakan seorang pengarah terkenal telah menonton kedua-dua drama tersebut dan memberikan reaksi berhubung perkara itu.

Menurutnya, kedua-dua drama tersebut mengangkat tema yang sama iaitu rakan baik sendiri merampas suami tetapi dari segi lakonan ia berbeza dimana drama Hati Yang Tersakiti lebih baik drama Thailand.

Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Bagi anda yang menonton, anda team Mona atau team Farah?

Buat anda yang bosan dan tidak tahu mahu ‘binge’ drama apa sepanjang PKPB, jom baca artikel di bawah untuk pilih drama pilihan anda.

5 Drama Korea ‘Ongoing’ Yang Anda Boleh Layan Sepanjang PKPB Di Rumah

5 ‘YouTube Channels’ Pilihan Untuk Anda Tingkatkan Skil Memasak Bagaikan Chef Di Rumah