Filem Motif telah mula ditayangkan di pawagam tempatan sejak 26 September 2019 yang lalu. Bagi anda yang tidak tahu, filem ini merupakan satu karya misteri pembunuhan yang tidak ‘cliche’.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila ada yang mendakwa bahawa pawagam tempatan cuba sabotaj tayangan filem Motif dan tayangan filem ini makin berkurangan waktu tayangannya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan menginginkan agar hal ini diperjelaskan oleh pihak pawagam tempatan. Malah, ada yang mengatakan perkara tersebut tidak wajar dilakukan dan seharusnya pihak pawagam tempatan memberi sokongan kepada filem tempatan.

Ada juga yang mengatakan filem ini kurang promosi dan disebabkan kurang mendapat sambutan pihak pawagam tempatan mengurangkan waktu tayangan filem tersebut. Akan tetapi, ada netizen yang menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan usaha promosi yang telah dilakukan oleh pelakon-pelakon dan pihak filem itu.

Filem ini juga mendapat maklum balas yang positif daripada mereka yang telah menontonnya. Jika anda belum menonton filem Motif, anda boleh tonton di pawagam terdekat anda. Tonton trailer filem Motif ini sebelum anda tonton di pawagam.

Walau bagaimanapun tiada maklum balas yang diberikan oleh pihak pawagam tempatan. Kita dapat lihat bahawa filem Motif ini memiliki kekuatannya tersendiri. Adakah anda akan menyokong industri filem tempatan dengan menonton filem ini?

Sebelum ini, filem One Two Jaga juga telah dihentikan tayangan lebih awal dan dikatakan kerana kurang promosi. Oleh itu, Bront Palarae telah bertindak promosikan di media sosial tetapi dikecam netizen.

Bront Palarae Pelik Dihentam Netizen Kerana Mempromosikan ‘One Two Jaga’

Versi Tanpa Suntingan ‘One Two Jaga’ Akan Ditayangkan Di Netflix Disember Depan