Netflix sering tampil dengan drama siri dan filem yang kebiasaanya menepati selera penggunanya. Antara kandungan Netflix yang terkenal adalah Umbrella Academy, Mind Changer, The Tall Grass dan banyak lagi.

Terbaharu, Netflix telah berkongsi trailer pertama drama sirinya iaitu Messiah yang akan ditayangkan mulai 1 Januari 2020. Akan tetapi, trailer tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rata-rata netizen terkejut dengan kandungan trailer tersebut dan ada yang mengatakan bahawa drama siri ini ingin memburukkan imej Imam Mahdi dan mengubah pandangan masyarakat kepada Dajjal.

https://twitter.com/saifulsayd/status/1202128857433694208

Malah, pelakon yang membawa watak Al Massih ad-Dajjal bernama Mehdi Dehbi. Rata-rata netizen merasakan ini satu taktik Netflix untuk ‘brainwash’ penontonnya.

https://twitter.com/qalandarum/status/1202211427408326656

https://twitter.com/amirulol_/status/1202112627020726277

Selain itu, ada juga yang menyangkal sangkaan tersebut. Segelintir netizen juga mengatakan sebenarnya watak tersebut memang mengambarkan Dajjal.

Adakah ini satu propaganda atau hanya satu kebetulan? Apakah pendapat anda setelah melihat trailer Messiah ini?

Sebelum ini, FINAS mencadangkan untuk menapis kandungan Netflix. Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Netflix Bakal Ditapis Oleh FINAS?

Aflix Punca Ahmad Idham Mahu ‘Sekat’ Kandungan Netflix?

Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen