Sekiranya sebelum ini rapper popular zaman 90-an Tupac Shakur dilaporkan masih hidup dan dikatakan berada di Malaysia, kini tiba giliran mendiang Steve Jobs pula menerima nasib yang sama. Perkara ini secara tidak langsung menimbulkan pelbagai teori konspirasi dikalangan netizen.

Perkara ini menjadi perbincangan dikalangan netizen apabila terdapat seorang individu yang menetap di Mesir serta memiliki rupa paras yang hampir sama dengan mendiang Steve Jobs .

ChHNb-IU8AA3JSR
HYPE
5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah
Baca lagi →
steve

Sumber: Reddit sheshesheqwerty

Teori konspirasi ini dikuatkan lagi dengan kaca mata yang sama serta gaya tanggannya yang sudah menjadi kebiasaan mendiang Steve Jobs. Malah, mendiang Steve Jobs juga turut pernah meluahkan cintanya terhadap negara Mesir.

7965455760_97a751f5ee_b-828×550

Selain daripada yang menyokong bahawa individu ini merupakan mendiang Steve Jobs, terdapat juga individu yang tidak bersetuju dengan menyatakan sekiranya Steve Jobs masih hidup pastinya beliau akan memakai Apple Watch.

Screen Shot 2019-08-29 at 3.49.07 PM

Melihat syarikat Apple yang semakin kurang sambutan pastinya membuatkan Steve Jobs hadir dengan idea yang baru sekiranya beliau masih hidup.

Untuk pengetahuan, Steve Jobs meninggal dunia akibat kanser pankreas pada Oktober 2011. Beliau pernah meninggalkan syarikat yang dibinanya iaitu Apple serta kembali pada tahun 1997 sewaktu syarikat ini hampir bankrup serta menaikannya semula. Tidak dinafikan legasi beliau bersama Apple kekal sehingga hari ini.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Steve Jobs? Artikel dibawah ini mungkin menarik minat anda.

Surat Permohonan Kerja Steve Jobs Tahun 1973 Terjual Pada Harga RM684,000

Ini Apa Yang Dilakukan Steve Jobs Saat Menerima Kecaman Orang Ramai

BMW Z8 Kepunyaan Steve Jobs Ini Boleh Anda Miliki Pada Harga RM1.6 Juta

Anda Mungkin Suka