Ketika ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia dan bukan sahaja rakyat Malaysia harus patuhinya tetapi warga asing yang berada di Malaysia turut perlu patuhinya.

Akan tetapi, ada satu berita yang kurang enak didengar apabila ada yang mendakwa warga Myanmar bertindak ingkar arahan PKP dan tular video mereka menyambut Songkran di Malaysia.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, sambutan Songkran selalu disambut di Thailand pada setiap 13 April hingga 15 April dan merupakan pesta paling terkenal di Thailand.

Warga myanmar buat water festival dekat sini !sambutan pesta songkhran 13april.Spesis tak bertamadun ni kalau minum arak memang ikut kepala dorang je. lepas tu buat onar macam dekat negara dia pulak. Kita yang rakyat negara ni punya la struggle tengah sebuk nak putus kan rantaian covid, dorang boleh bersuka ria macam tak ada apa² berlaku.lepas tu dalam video bagitau dengan bangga nya cakap pihak kilang tempat mereka bekerja takut dengan warga myanmar mohon pada kerajaan tak payah la sumbat mereka ni dalam lokap, buat perabih beras je. mohon sebat bontot 10 kali sorang biar tak boleh berak seminggu.lepas tu Kuarantin kan dorang letak dekat highland tower.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=245253886672372&id=100035632880505https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=248444953019932&id=100035632880505https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=248438219687272&id=100035632880505

Posted by Eryzal Edry on Sunday, 12 April 2020

Difahamkan video tersebut dikongsikan secara ‘live’ oleh peserta sambutan Songkran dan dimuat naik semula oleh pengguna Facebook Eryzal Edry. Walau bagaimanapun, video asal telah dipadamkan oleh peserta sambutan tersebut.

Hal tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan para netizen mengatakan bahawa mereka yang ingkar ini harus ditangkap polis untuk memberi pengajaran untuk patuh kepada undang-undang di Malaysia.

Screenshot 2020-04-13 at 11.29.22 AM

Screenshot 2020-04-13 at 11.30.20 AM

Malah, ada juga yang menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat dan bukti tampil untuk membuat laporan berkaitan isu ini. Ada juga yang berasa pelik kerana tiada pihak polis yang tahu akan pesta yang diadakan oleh warga Myanmar ini.

Pastinya jika perkara ini benar, ia mungkin akan menjadi kluster terbaharu jika ada yang terkena jangkitan COVID-19. Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Buat rakyat Malaysia, diharap anda akan patuhi PKP untuk pastikan negara kita berjaya untuk putuskan rangkaian COVID-19 ini.

Sementara itu, pastinya PKP memberikan kesan kepada peniaga-peniaga kecil di Malaysia. Oleh itu, anda mungkin boleh pasarkan produk anda secara percuma di Our Shop, klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

AirAsia Tawar Bantu Peniaga Tempatan Sediakan Platform Dalam Talian Secara Percuma

Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

Anda Mungkin Suka