Ketika ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia dan bukan sahaja rakyat Malaysia harus patuhinya tetapi warga asing yang berada di Malaysia turut perlu patuhinya.

Akan tetapi, ada satu berita yang kurang enak didengar apabila ada yang mendakwa warga Myanmar bertindak ingkar arahan PKP dan tular video mereka menyambut Songkran di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, sambutan Songkran selalu disambut di Thailand pada setiap 13 April hingga 15 April dan merupakan pesta paling terkenal di Thailand.

Difahamkan video tersebut dikongsikan secara ‘live’ oleh peserta sambutan Songkran dan dimuat naik semula oleh pengguna Facebook Eryzal Edry. Walau bagaimanapun, video asal telah dipadamkan oleh peserta sambutan tersebut.

Hal tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan para netizen mengatakan bahawa mereka yang ingkar ini harus ditangkap polis untuk memberi pengajaran untuk patuh kepada undang-undang di Malaysia.

Screenshot 2020-04-13 at 11.29.22 AM

Screenshot 2020-04-13 at 11.30.20 AM

Malah, ada juga yang menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat dan bukti tampil untuk membuat laporan berkaitan isu ini. Ada juga yang berasa pelik kerana tiada pihak polis yang tahu akan pesta yang diadakan oleh warga Myanmar ini.

Pastinya jika perkara ini benar, ia mungkin akan menjadi kluster terbaharu jika ada yang terkena jangkitan COVID-19. Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Buat rakyat Malaysia, diharap anda akan patuhi PKP untuk pastikan negara kita berjaya untuk putuskan rangkaian COVID-19 ini.

Sementara itu, pastinya PKP memberikan kesan kepada peniaga-peniaga kecil di Malaysia. Oleh itu, anda mungkin boleh pasarkan produk anda secara percuma di Our Shop, klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

AirAsia Tawar Bantu Peniaga Tempatan Sediakan Platform Dalam Talian Secara Percuma

Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19