Baru-baru ini Thailand dikejutkan dengan kematian seorang penumpang lelaki dalam kereta api di Bangkok di mana mangsa kemudiannya disahkan positif COVID-19.

Berita itu bukan saja hangat diperkatakan di negara jiran malah turut mendapat perhatian media dari Malaysia dimana beliau telah difitnah meludah inidividu lain sebelum maut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dakwaan itu kemudiannya tular dan mendapat perhatian sebuah portal tempatan yang melaporkan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun semakan lanjut pihak kami mendapati artikel itu tidak lagi tersedia untuk dibaca pengguna.

Menurut pengguna Facebook, Ali Russia artikel itu telah menuduh Arwah Tuan Haji Zakaria Bin Yahya atau Anon Sahoh, 56 meludah ke muka individu sebelum maut di dalam kereta api.

“Dari video tersebut, tiada perbuatan meludah pun dilakukan.

“Malah, pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut juga telah menafikan bahawa arwah meludah ke mukanya sebelum menaiki kereta api,” katanya.

Menyedari dakwaan tersebut tidak benar, netizen yang juga merupakan kenalan rapat kepada mangsa yang meninggal dunia itu tampil menjelaskan perkara sebenar.

Menurutnya, dakwaan itu adalah tidak benar dan pihak media di Thailand juga telah menyiarkan pengakuan seorang lelaki yang berada di dalam gerabak sama yang menjelaskan dia tidak diludah.

“[…] daripada video yang tersebar, saya yang mengenali beliau sebagai seorang yang terpelajar dan seorang pendakwah kepada kebaikan, tidak mungkin beliau sedang meludah sebagaimana yang kita dapat lihat, kata Mohd Nasar Othman yang dipetik di Facebook.

Tambah beliau, mangsa sebelum ini adalah merupakan seorang jemaah tabligh dan pernah memaklumkan padanya sebelum berangkat ke Pakistan pada awal Februari lalu untuk melakukan kerja dakwah di sana.

“Sebelum balik daripada Pakistan ke Bangkok, beliau telah menjalani saringan di kedua dua lapangan terbang dan lepas. Sebelum tu, penerbangan telah tertunda selama tiga hari di Pakistan, tak pasti lapangan terbang mana.

“Sekiranya beliau disabitkan dgn COVID-19 ini, tidak sepatutnya beliau terlepas di lapangan terbang sehingga menaiki kereta api ke Golok dari Bangkok,” jelasnya.

Malah dia juga berpendapat ada kemungkinan mangsa juga tidak mengetahui beliau dijangkiti virus tersebut berdasarkan maklumat yang diperolehinya

“Bayangkan kiranya kita yang ada ditempat beliau pada masa itu, tiada siapa tahu apa yang beliau hadapi ketika itu.

“Adakah beliau akan kehulu dan kehilir semata-mata untuk meludah supaya orang lain akan turut dijangkiti?” soalnya dalam kiriman tersebut.

Berikut adalah kiriman asal yang dibuat di Facebook mengenai penafian itu serta latar belakang mangsa yang sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat baik dalam kalangan kenalannya.

Baca perkongsian lain kami mengenai kisah-kisah yang berlaku sepanjang musim penularan wabak COVID-19 melanda dunia ketika ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

WHO Pilih Malaysia Untuk ‘Menguji’ Ubat Bagi Rawatan COVID-19

COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka

Doktor Yang Dilarang Sebar Kes COVID-19 Kini Terima Penghargaan Tertinggi Kerajaan China