Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Bila sebut nasi kandar, di dalam kepala terus kita dapat bayangkan set nasi dengan kuah campur, sayur serta lauk seperti ayam goreng dan telur rebus. Namun lain pula versi ‘nasi kandar’ di restoran Singapura ini.

Berdasarkan perkongsian Pengguna Facebook bernama James di Malaysia-Singapore Border Crossers(MSBC), beliau berkongsikan satu hidangan ‘nasi kandar’ bajet yang berharga SGD2.80 (RM8.80) yang boleh dibeli di Ah Miao’s Kitchen. Namun, majoriti yang melihat ‘nasi kandar’ itu berkata ia langsung tidak nampak seperti nasi kandar.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

nasi kandar bajet ah miao’s kitchen di singapura

Berdasarkan penerangan, Ah Miao menulis mereka menghasilkan ‘The Best malaysian Nasi Kandar’ yang anda tidak boleh lepaskan di Singapura. Dalam penerangan Ah Miao’s Kitchen berkenaan set nasi kandar bajet tersebut, set itu hadir dengan ikan bilis yang rangup, papadom, telur rebus, acar sayur, sambal dan kari.

Namun bagi peminat tegar nasi kandar, set berkenaan tidak ubah seperti nasi lemak dan bukannya nasi kandar. Kekurangan utama pastinya tiada kuah campur dan mengapa set berkenaan ada ikan bilis goreng dan kacang.

antara komen yang ditinggalkan peminat setia nasi kandar

Ada yang turut memberi cadangan nama set berkenaan ditukar kepada nasi lemak kandar atau untuk menjadikannnya hidangan nasi kandar sebenar, perlu ada beberapa jenis kari yang dicampur bersama dan membuang nasi ikan bilis dan kacang daripada set tersebut.

Jika ke Singapura, anda ada cadangan nasi kandar terbaik yang boleh dicuba? Kalau di Malaysia, boleh tengok Bella makan nasi kandar di lokasi berikut.

Vocket Makan: Bella ‘Makan Besar’ Di Hameediyah, Restoran Nasi Kandar Tertua Di Pulau Pinang

Penangan Nasi Kalut Jitra Mai, Makan Hari Ini Esok ‘Mai’ Lagi

Dari Kedah Ke Kuala Lumpur, Nasi Kandar D’ Home Cooked Memang ‘Surr’