Wakil tunggal negara di dalam Kejohanan Dunia Mobile Legend Bang Bang (MLBB M2),  Todak memulakan saingan dengan langkah kiri selepas tewas 0-2 kepada wakil Filipina, Omega.

Namun Juara Liga Profesional MPL musim keenam itu berjaya bangkit pada perlawanan kedua untuk menewaskan wakil Kemboja, Impunity KH dengan 2-0.

Selepas hari pertama Omega muncul juara kumpulan B hasil dua kemenangan ke atas Todak dan Impunity.

Todak di tempat kedua selepas mencatat satu kemenangan dan satu kekalahan manakala Impunity tidak meraih sebarang mata.

Bangun pagi jadi punca kekalahan

Untuk pengetahuan anda, Todak adalah salah satu pasukan terbaik di kejohanan ini, mereka datang ke MLBB M2 dengan status juara MLBB Professional League Malaysia-Singapura Musim 6.

Kekalahan pada saingan awal kejohanan MLBB tahun ini pastinya tidak dijangkakan oleh rakyat Malaysia.

Namun apa yang menjadi tumpuan penyokong E-Sport di Malaysia kali ini adalah alasan yang diberikan oleh pasukan Todak setelah tewas kepada Omega.

“Kalah tetap kalah, apa yang membuatkan persembahan kami kurang adalah kerana, kami biasa latihan mula selepas 12 tengahari.

“Jadi perlawanan tu bermula pada pukul 10 pagi dan kami tidak biasa dengan keadaan pagi, dengan kena bangun awal.

“Sebab kami selalunya macam bangun lambat, sempat training apa semuakan, so boleh dikatakan kami kalah disebabkan [kena bangun awal],” kata Zikry Shamsuddin kepada Astro Arena.

Komen netizen

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak boleh menerima apabila pasukan Todak menggunakan alasan bangun pagi sebagai punca kekalahan.

Alasan mereka adalah sebagai seorang atlet, tidak kira e-sport atau sukan biasa, bangun pagi adalah perkara paling asas yang menunjukkan tahap disiplin seorang atlet.

Selain daripada itu, sebagai seorang atlet profesional yang mempunyai pengurus dan jurulatih, pengurusan masa sepatutnya tidak menjadi isu.

“Dah tahap professional, ada jurulatih, ada pengurus. Jadual tour mesti dah ada dan takkan last minute prepare?” Kata salah seorang netizen.

“Sepatutnya cakap saja akan improve performance and tiada rezeki. Ni gi cakap bangun lambat sebab schedule tournament, aduh time management kelaut,” kata Mira.

“Adakah pasukan profesional Malaysia tidak diajar bagaimana untuk menjawab soalan [kepada media]? Mereka mewakili Malaysia secara keseluruhan – “saya tidak boleh menang kerana saya harus bangun pagi” – pemain pro tidak harusnya memberikan alasan begitu,” kata Non.

“E-sukan adalah acara yang luar biasa. Tolong anggap ini lebih serius atau anda akan merosakkan keadaan,” kata Tengku Aqil.

Untuk rekod, media Indonesia, Tribune News turut melaporkan isu yang sama apabila menyatakan bahawa ‘pemain Todak tidak biasa terkena angin pagi‘ jadi punca kekalahan di MLBB M2.

Tahun lalu, pasukan ‘PUBG Mobile’ Malaysia raih RM172,000 selepas muncul terbaik di Asia Tenggara. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pasukan ‘PUBG Mobile’ Malaysia Ini Raih RM172,000 Selepas Muncul Terbaik Asia Tenggara

Mampu Beli Kereta Mewah Hanya Dengan Bermain Mobile Legends? Ini Penjelasannya

Malaysia Ingin Rebut Peluang Menganjurkan Pertandingan Mobile Legends

Anda Mungkin Suka