Woody Harrelson adalah pelakon veteran yang telah berlakon dalam pelbagai jenis filem. Pengalaman yang beliau miliki dan kehebatan lakonannya sudah pasti menjadikan beliau antara ‘living legend’ di Hollywood.

Dalam satu filem terbaharu lakonan Woody Harrelson dan Kevin Heart, iaitu The Man From Toronto, terdapat satu babak yang berjaya menarik perhatian pengguna maya, terutamanya yang berada di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti yang dikongsi oleh Netflix Malaysia di laman Instagram, Harrelson dilihat menyediakan durian goreng untuk sarapan pagi. Babak tersebut memaparkan Harrelson sedang memotong durian, lalu mengambil beberapa ulas, dicelupnya dengan tepung dan akhirnya digoreng.

Difahamkan bahawa ini bukan satu-satunya babak yang memaparkan durian. Terdapat beberapa babak lain, jika anda mahu ketahui lebih lanjut. Boleh tonton filem ini di Netflix.

Kebanyakan pengguna maya jelas terkejut dengan babak di mana Harrelson membuat durian goreng untuk sarapan pagi.

The Man from Toronto ialah sebuah filem komedi aksi yang dibintangi oleh Kevin  dan Harrelson. Filem ini mengisahkan tentang seorang pengajar sukan yang dianggap sebagai pembunuh upahan paling maut selepas memasuki bilik kabin yang salah.

Filem ini diarahkan oleh Patrick Hughes, pengarah yang juga mengarahkan The Expendables 3 (2014), The Hitman’s Bodyguard (2017), dan Hitman’s Wife Bodyguard (2021). Sementara itu, lakon layar ditulis oleh Robbie Fox dan Chris Bremner.

Selain gandingan Kevin Hart dan Woody Harrelson, filem ini turut dibintangi oleh Kaley Cuoco, Lela Loren, Jencarlos Canela, dan Ellen Barkin.

Akibat hidu bau durian, 12 orang di Jerman jatuh sakit. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Akibat Hidu Bau Durian, 12 Orang Di Jerman Jatuh Sakit

Durian Berharga RM500 Sebiji ‘Sold Out’, Dibeli Oleh Menteri Sumber Manusia

Gara-Gara Coronavirus, Harga Durian Di Malaysia Jatuh