Butik membeli belah Pavilion Bukit Jalil secara rasmi telah dibuka kepada umum semalam dan menarik ramai pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk jadi antara yang terawal jejak kaki di sana.

Toys “R” Us merupakan antara vendor yang membuka cawangan di sana dan sempena pembukaan semalam, mereka menawarkan potongan harga sehingga 60% untuk barangan terpilih.

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna Facebook, Saravanan Kumar berkata pembukaan Toys “R” Us di Pavilion Bukit Jalil dicemari gelagat ‘peminat’ Hot Wheels yang dilihat berebut untuk mencari kereta Hot Wheels yang ‘rare’.

Rata-rata ahli kumpulan HOT WHEELS TRADE & SELL GROUP MALAYSIA juga hanya geleng kepala melihat keadaan tersebut.

Berdasarkan komen yang ditinggalkan, tiada sebarang model istimewa pun ditawarkan ketika pembukaan dan mereka mungkin cuba nasib dengan ‘menyelam’ di rak Hot Wheels.

Antara komen yang ditinggalkan di HOT WHEELS TRADE & SELL GROUP

Perkara seperti ini bukan pertama kali berlaku dan ketika negara dikejutkan dengan kes pertama varian omicron di Malaysia, sama-samalah kita menjaga SOP dan bertimbang rasa kepada orang ramai.

Ini beberapa artikel lain berkaitan Hot Wheels. Baca lagi pada pautan di bawah.

Video Tular Ini Buat Netizen Kongsi Kenangan Manis Bersama Hot Wheels

Bukan Hanya Sekadar Hot Wheels, Model ‘Rare’ Ini Kini Bernilai RM15,000

Koleksi Khas Hot Wheels x Tesla Cybertruck ‘Sold Out’ Dalam Masa Sehari