Sekiranya kita mendengar bunyi siren kecemasan di jalan raya, secara sedar kita akan memberi laluan secepat mungkin kepada ambulans atau jentera bomba yang mahu cepat tiba ke destinasi yang dituju.

Namun lain pula jadinya dalam video yang dirakam oleh petugas bomba ini. Ambulans dan jentera bomba boleh bergerak terus tanpa bantuan. Tetapi dalam video ini, pemandu Proton Wira ini secara tiba-tiba offer diri untuk jadi escort kepada jentera bomba berkenaan.

Namun tindakan berkenaan sebenarnya bukan mempercepatkan lagi perjalanan jentera bomba terbabit tetapi melambatkan lagi kerana kereta lain tidak memberikan laluan kepada kereta Wira tersebut.

Tindakan pemandu berkenaan merupakan perbuatan yang selfish kerana beliau sebenarnya mahu ambil kesempatan dengan duduk di hadapan jentera bomba terbabit. Rata-rata netizen turut mengecam perbuatan tidak patut pemandu Proton Wira berkenaan.

https://www.tiktok.com/@wawan0405/video/6944228370276207873

komen
Pandangan netizen berkenaan hal ini

Semoga video ini dijadikan iktibar buat kita semua. Jangan jadi seperti pemandu Wira ini. Sebaliknya, jadi pengguna yang baik dengan memberi laluan kepada ambulans dan bomba sekiranya anda mendengar siren kecemasan.

Ini pula kes penunggang motosikal yang menggunakan laluan SmartTag sehingga menyusahkan pemilik kereta. Baca lagi pada pautan di bawah.

Canggih Dan Mudah, PDRM Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Guna ‘MyBayarSaman’

Kereta Langgar Palang Tol, Gara-Gara Motosikal Menyelit Di Laluan ‘SmartTag’

Kesesakan Di Terusan Suez Buat Satu Dunia Rugi RM1.6 Bilion Per Jam