Portal makanan TasteAtlas sebelum ini telah menyenaraikan roti canai antara 50 street food terbaik di dunia.
Artikel Berkaitan:
- Roti Canai Malaysia Berada Di Tempat Pertama Dalam 50 Senarai βStreet Foodβ Terbaik Dunia
- Restoran Ini Tawar Kerja Kosong Sebagai Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000
- Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Cara Penyediaan Roti Canai Di Restoran Terkenal Di Penang
Senarai yang dikeluarkan TasteAtlas ada kalanya tidak dipersetujui oleh peminat makanan di seluruh dunia. Walaupun begitu, TasteAtlas tetap menjadi rujukan ramai sekiranya mereka mahu melihat rupa sesuatu makanan atau hidangan dari sesebuah negara.
Roti canai
πMalaysia π²πΎ
βοΈ 4.9Discover Malaysian food: https://t.co/KBhLT70L0V
Video: @foodfinder
Roti canai is a traditional Malaysian pan-fried flatbread. It can be served on the side, but also as the star dish, accompanied by different fillings and ingredients. pic.twitter.com/cpj5IIn6qe
— TasteAtlas (@TasteAtlas) January 31, 2023

Namun baru-baru ini, TasteAtlas menerusi akaunnya di Twitter telah berkongsikan video bagaimana ‘roti canai’ dihasilkan. Bagi pengikut di luar negara, mereka pasti iyakan sahaja apa yang dikongsikan tetapi bagi netizen di Malaysia, apa yang dikongsikan oleh TasteAtlas itu tidak sedikit pun sama seperti roti canai yang kita makan selama ini.
Video yang dikongsi TasteAtlas itu berkemungkinan dikongsi semula dari seorang penghasil konten di China. Apa yang dimasaknya dalam video itu lebih dekat dengan roti banjo dan bukannya roti canai.
That looks like deconstructed avant garde benjo burger more than roti canai.
Malaysians are fuming! π‘
— π·ππ (@hakimieamrie) February 10, 2023
1. That is not a roti canai
2. That video is not in MalaysiaGet ur facts right π€¦π½ββοΈπ€¦π½ββοΈπ€¦π½ββοΈ
— π²πΎπΊπ΅πΈΨ£Ψ¨Ω ΩΩΨ (@abou_nuuh) February 9, 2023
Heres roti canai..not that egg burger + sambal pic.twitter.com/remlLf8TmN
— π©ππππ€π‘ππ£πͺ || Haitham simp || π²πΎ (@WhisperedSorrow) February 11, 2023
Netizen dari Malaysia yang melihat video berkenaan berkata ada banyak perkara yang orang luar tidak boleh ‘sentuh’ dan buat silap terutamanya makanan. Pihak TasteAtlas mungkin tidak pernah pun makan roti canai dan netizen menjemput mereka untuk cuba sendiri roti canai yang sebenar di Malaysia.