Sistem parking berlampu merupakan salah satu kemudahan yang sudah lama diguna pakai dalam negara Malaysia. Ia memudahkan dan menjimatkan masa pengunjung untuk meletakkan kenderaan semasa pergi ke pasar raya.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu akaun TikTok dipercayai milik warga Amerika telah memuat naik video keterujaannya melihat sistem parking berlampu yang digunakan pada kawasan parkir Taman Tema Disneyland.

https://www.tiktok.com/@user1092837372773748282/video/7113398412019649835?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=disney%20living%20future&t=1657161716675

Video tersebut dikongsikan semula oleh pengguna Twitter @izzahibrahim__ dan telah mendapat pelbagai reaksi oleh pengguna platform terbabit. Rata-rata berasa geli hati melihat keterujaan warga Amerika tersebut.

Pada masa sama, warganet rasa tertanya-tanya, bagaimana kemudahan asas seperti sistem  berkenaan baru sahaja wujud pada negara yang didakwa paling berkuasa di dunia ini.

Daripada perkongsian lain oleh warganet, mereka mendakwa negara Amerika masih banyak menggunakan sistem traditional atau manual dalam hal-hal seharian mereka; membayar bil dan sewa rumah menggunakan cek, pembayaran tanpa tunai hanya menggunakan kad debit dan kad kredit (tiada QRPay) dan lain-lain lagi.

Jadi tidak terkejutlah jika melihat mereka sangat teruja dengan sistem parkir berlampu seperti itu yang sudah lama diguna pakai di negara-negara luar yang lain.

Sebelum ini ada seorang wanita mat saleh terkejut apabila melihat kemewahan pasaraya Pavilion KL. Tonton video tersebut melalui pautan di bawah.

Sangkal Malaysia Negara Kelas Ketiga, Wanita Amerika Ini Kagum Dengan Kemewahan Pavilion KL

Anak Muda Berusia 22 Tahun Ini Jadi Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

‘Perlu Jual Premium’ – Thailand Mahu Pelancong Datang Kerana Nilai Dan Bukannya Sebab Murah

Sumber