Sekarang telah menjadi satu trend di mana video makanan dijadikan video ASMR atau lebih dikenali sebagai mukbang. Kebanyakkan video sebegini boleh didapati di laman streaming seperti YouTube.

Sama konsepnya seperti video mukbang yang lain, namun terdapat sedikit kelainan yang ditunjukkan oleh lelaki ini apabila beliau dilihat makan makanan kucing di dalam tin dengan nasi goreng.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebuah akaun Twitter, @Viral_Foodcrew memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang lelaki yang mencuba makanan kucing berperisa tuna. Makanan yang lazimnya diberikan kepada kucing-kucing menjadi menu utama untuk videonya kali ini.  

Menerusi video tersebut juga, lelaki tersebut dilihat meratah makanan kucing itu terlebih dahulu sebelum mencubanya dengan nasi goreng pula. Beliau turut memberi komen di dalam video tersebut mengatakan makanan kucing itu rasa seperti tuna walaupun baunya sedikit tidak menyelerakan.

Menjengah ke ruangan komen di perkongsian tersebut, perkongsian video tersebut mendapat respon pelbagai daripada warganet. Ada yang mengatakan perbuatan lelaki tersebut adalah perkara biasa kerana pihak yang mengeluarkan makanan kucing ini perlu mencuba terlebih dahulu makanan kucing tersebut sebelum dipasarkan.

https://twitter.com/kaktenhere/status/1201681802240262144?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1201681802240262144&ref_url=https%3A%2F%2Famazingnara.com%2Fvideo-rasa-macam-makan-tuna-je-lelaki-ini-makan-nasi-bersama-makanan-kucing%2F

https://twitter.com/tinybitrude/status/1201567529480720390

Ada juga sesetengah netizen yang berjenaka bahawa jika viral nanti, makanan kucing akan habis dijual di pasaraya.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah ulasan semata-mata. jangan ada pula berani mencuba pula. Belum dapat dipastikan lagi kandungan makanan kucing itu baik untuk manusia atau tidak.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan kucing yang mungkin menarik perhatian anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut

Sebab Utama Kucing Jalanan Jinak Dengan Lelaki Tua Ini Bakal Buat Anda Terharu

Saya Geli Pegang Kucing Tapi Rezeki Saya Mencurah-Curah Lepas Lakukan Ini

Keluarga Ini Menyelamatkan Anak Kucing Yang Dibuang Di Tengah Laut