Seperti semua sedia maklum bahawa bermula 1 Januari 2020, penguatkuasaan saman terhadap kesalahan merokok di premis menjual makanan dilaksanakan.

Mana-mana individu yang tidak mengikuti peraturan tersebut boleh disaman dan dikenakan denda.

Semalam, tular beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Sukan Star TV memaparkan beberapa orang awam yang didakwa melanggar peraturan tersebut dan dikenakan saman oleh penguatkuasa.

Perkara ini turut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri melalui laman Facebook rasmi mereka.

Menurut perkongsian tersebut, Satu Operasi Penguatkuasaan bagi Larangan Merokok diketuai oleh Dr Zainal Abu Bakar, Pegawai Kesihatan Daerah Putrajaya telah dijalankan di sekitar Presint 8, 9, 11 dan 18 malam tadi.

Berdasarkan laporan daripada Astro Awani, seramai 51 individu di negeri Pahang menjadi kumpulan pertama dikenakan kompaun kerana ingkar larangan tidak merokok dalam premis makanan di seluruh negeri itu.

Rata-rata netizen menyambut baik peraturan baru yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dan berharap perkara ini berterusan sampai bila-bila.

Untuk makluman anda, mereka yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.

Dikepilkan beberapa artikel berkenaan larangan merokok ini untuk dijadikan maklumat tambahan untuk anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Penjara Dua Tahun Jika Ingkar Larangan Merokok Mulai Januari 2020

Tujuh Individu Tewas Cabar Larangan Merokok Di Tempat Makan Awam