Salah satu ‘rezeki’ apabila menaiki motosikal di Malaysia ialah kita semua tidak perlu membayar perkhidmatan tol apabila melalui kawasan tersebut seperti kenderaan-kenderaan bertayar empat yang lain.

Namun ada segelintir pengguna motosikal yang ‘berdegil’ mengambil kesempatan dengan menyelit di laluan utama tol sehingga menyebabkan kenderaan lain dihempap palang tol seperti salah seorang pengguna tol yang berkongsi video dashcam miliknya baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketika waktu itu dia berada di laluan TnG & RFID paling kiri dan mahu keluar daripada laluan tol, secara tiba-tiba ada seorang rider penghantar makanan ‘menyelit’ di bahagian kiri lalu menyebabkan palang tol tertutup menghempap cermin dan bumbung hadapan kereta lelaki ini.

Rakaman video itu telah menyebabkan ramai netizen berkongsi ratusan komen yang kurang berpuas hati dengan tindakan rider penghantar makanan tersebut sehingga menyebabkan ‘kerugian’ kepada pengguna laluan tol yang lain.

Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia

Rata-rata ramai meminta lelaki ini untuk melaporkan perkara tersebut kepada syarikat penghantar makanan tersebut supaya dia dapat membuat tuntutan ganti rugi yang setimpal.

Diharapkan agar pengguna-pengguna motosikal lain dapat menggunakan laluan khas yang telah disediakan untuk penunggang motosikal. Gunakanlah ‘kelebihan’ yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dengan sebaiknya.

Dalam satu kisah yang lain, ada sebuah kereta melanggar palang tol apabila ada sebuah motosikal menyelit dan mengekori Toyota Estima di laluan SmartTag. Tonton video tersebut melalui pautan di bawah.

Kereta Langgar Palang Tol, Gara-Gara Motosikal Menyelit Di Laluan ‘SmartTag’

Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol

Wanita Ini Puas Dapat Halang Proton Waja Daripada Redah Tol Secara Percuma

Sumber