Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) hanya akan berakhir hujung bulan ini, netizen mula menggesa kementerian bertanggungjawab untuk menghantar pulang pelajar-pelajar IPT yang masih berada di kampus masing-masing.

Perdana Menteri pada semalam mengumumkan PKP yang bermula sejak 18 Mac lalu akan dilanjutkan sehingga 28 April ini.Pengumuman itu sekaligus menyaksikan para pelajar terpaksa berada di kampus sehingga lebih dari sebulan sejak ia dilaksanakan.

Walaupun menyedari perkara itu boleh membawa kepada risiko penularan, namun sebahagian besar netizen berpendapat pelajar IPT tempatan harus diberikan kelonggaran untuk pulang ke kampung sepertimana yang dilakukan kerajaan kepada warganegara dan penuntut yang dibawa pulang dari luar negara.

Dapat perhatian menteri dan ahli parlimen

Cadangan untuk membawa pulang pelajar IPT yang berada di kampus ini bukan saja hangat diperkatakan netizen tetapi turut mendapat pihak kementerian dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq.

Syed Saddiq melalui beberapa ciapan yang dibuat di Twitter berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan memulakan misi menghantar mahasiswa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Beliau dalam ciapannya itu juga turut mencadangkan jalan terbaik bagi pihak bertanggungjawab melaksanakan permintaan itu dengan menggariskan tiga perkara yang harus dinilai sebelum membuat keputusan itu.

Selain daripada Syed Saddiq, Menteri Pengajian Tinggi Dr. Noraini Ahmad juga mengumumkan pihaknya akan melakukan sesuatu berkenaan isu tersebut.

Menerusi satu hantaran di Facebook, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas bersama kabinet pada hari ini (Sabtu).

Jika melihat kepada perhatian yang diberikan pihak berwajib seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan bekas menteri belia dan sukan ini, diharapkan isu pelajar yang masih berada di kampus ini dapat diselesaikan dengan segera.

Bagaimanapun, pihak -pihak terlibat perlu memikirkan mekanisme terbaik bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku daripada proses menghantar pulang pelajar-pelajar ini seperti penularan virus COVID-19 ini.

Baca perkongsian lain kami mengenai COVID-19 di sini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Terima Pelbagai Reaksi Daripada Netizen

Perintah Kawalan Pergerakan Sah Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020

Mafia Ambil Kesempatan, Tawar Makanan Dan Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Rakyat Itali

Anda Mungkin Suka