Kecoh di media sosial apabila tular video memaparkan kubur bernama Upin Ipin dan dikatakan bahawa watak Upin & Ipin itu berdasarkan orang sebenar yang sudah meninggal dunia.

@bang_alonk3110

Akhirnya tidur Nyenyak ๐Ÿ˜ญ #addictedtotiktok #masukberanda #fyp #upinipin #opah #kakros

โ™ฌ suara asli – ๐™๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ค๐™ง๐™ฎ๐™ข๐™ช๐™จ๐™ž๐™ _ – ๐™๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ค๐™ง๐™ฎ๐™ข๐™ช๐™จ๐™ž๐™ _

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, muncul teori mengatakan Upin & Ipin itu tidak dewasa kerana sudah meninggal dunia dan hanyalah khayalan opah sahaja. Pemilik video tersebut juga mengatakan bahawa mendapatkan video perkuburan itu daripada kawannya di Malaysia.

Video tersebut menjadi perhatian netizen Indonesia dan juga Malaysia lalu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat. Ada yang terkejut dengan pembongkaran itu dan ada juga tidak percaya.

Hal tersebut mendapat perhatian Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Hj Burhan Radzi dan beliau akui terkejut dengan penularan berita bahawa Upin Ipin sebenarnya sudah meninggal dunia akibat kemalangan.

Menerusi perkongsiannya itu, beliau mengatakan bahawa bagaimana Upin Ipin boleh meninggal sedangkan dirinya yang menghantar Upin & Ipin ke sekolah pagi tadi.

Malah, peminat Upin & Ipin tidak perlu bimbang kerana Upin Ipin sihat dan akan kembali bersama rakan-rakan dalam musim baharu.ย Tambahnya, musim baru ini akan lebih menarik dan standard animasi telah banyak bertambah baik. Beliau turut berterima kasih kepada atas keprihatinan para peminat Upin & Ipin.

Bukan itu sahaja, di Facebook rasmi Upin & Ipin juga menjelaskan bahawa cerita Upin & Ipin adalah rekaan semata-mata dan ditulis sepenuhnya oleh Les’ Copaque Production. Ianya tidak diambil atau diinpirasi dari kisah sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah tiada.

Idea asal cerita Upin & Ipin adalah dari Hajah Ainon yang juga merupakan pelakon suara Opah. Tambahnya, setiap cerita yang ditulis bukan sahaja mudah difahami tetapi juga sarat dengan mesej yang bermanfaat.

Tahukah anda bahawa ada animasi yang didakwa sama dengan Upin Ipin? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Animasi Dari Indonesia Tiru Upin Dan Ipin?

Diadaptasi Dari Kisah Benar, Siri Layangan Putus Pecah Rekod Raih 15 Juta Tontonan Sehari