Baru-baru ini, kenyataan bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat yang mempersoalkan kelayakan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tahun ini jadi bualan.

Menerusi satu video yang viral di TikTok, Taufik seperti tidak bersetuju apabila Chong Wei turut tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran BWF itu dan mempersoalkan kewujudan nama Chong Wei dalam senarai berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@djayamkampung95

TAK PUAS HATI LEE CHONG WEI MASUK 𝐇𝐀𝐋𝐋 𝐎𝐅 𝐅𝐀𝐌𝐄 𝐁𝐖𝐅 𝟐𝟎𝟐𝟑 #bwf #leechongwei #taufikhidayat #lindan

♬ original sound – PLAY MUSIC – PLAY MUSIC

Malah, Taufik juga berkata pengiktirafan BWF terhadap Chong Wei seolah-olah terdapat unsur pilih kasih oleh kerana lokasi ibu pejabat BWF terletak di Malaysia.

Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi netizen Indonesia dan juga dalam kalangan netizen Malaysia serta dilihat Instagram milik Taufik diserang kecaman hebat netizen.

Bukan itu sahaja, netizen Indonesia dan Malaysia juga dilihat ‘berperang’ dalam ruangan komen di beberapa hantaran di Instagram milik Taufik.

Susulan itu, Datuk Lee Chong Wei meminta Taufik untuk menghubungi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkenaan pemilihan beliau dalam Hall of Fame 2023 BWF.

Lee Chong Wei mengakui tidak gembira dan terkejut dengan kenyataan Taufik, yang seakan tidak bersetuju tentang pemilihan itu sedangkan ia diputuskan sendiri pihak BWF dan bukannya atas permintaan beliau.

Dalam pada itu, Chong Wei menasihati para peminatnya supaya bertenang dengan komen diberikan Taufik kepadanya serta mahu peminatnya tidak menimbulkan kekacauan di media sosial.