Pertemuan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dengan Elon Musk tidak terhenti setakat itu sahaja. Gambar Jokowi berjalan kaki dengan Elon Musk di fasiliti Tesla telah menarik perhatian ramai kepada kasut yang disarung oleh Jokowi; kasut sukan ‘biasa’ yang tiba-tiba menjadi tular di Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kasut yang disarung oleh Jokowi bukan daripada jenama besar antarabangsa seperti adidas, Nike atau New Balance; tetapi sepatu buatan jenama lokal Indonesia, NAH Project.

Jokowi sebenarnya sangat suportif dalam mengangkat jenama tempatan Indonesia di mana dia dilihat pernah menyarung beberapa jenama lokal Indonesia yang lain antaranya Saint Barkley dan Sepatu Compass.

Namun kasut buatan NAH Project ini kerap dilhat disarung oleh Jokowi, mungkin kerana keselesaannya. Harganya yang berpatutuan iaitu sekitar RM112 membuatkan model ini dimiliki oleh orang ramai.

Ciapan Syed Akramin di Twitter turut mendapat perhatian media dan selebriti di Indonesia di mana mereka gembira melihat rakyat Malaysia turut teruja dengan produk lokal Indonesia.

Menurut Jokowi, pertemuan bersama ELon Musk tidak tertumpu kepada Tesla sahaja tetapi potensi urusan projek lain yang boleh diterokai di Indonesia.

“Saya sempat mengundang Elon ke Indonesia dan dia kata sangat tertarik dengan masa depan Indonesia. Dan saya rasa Indonesia memiliki potensi besar dan mungkin Tesla dan SpaceX boleh cuba beberapa kerja sama dengan Indonesia,” ujar Jokowi.

Mungkin sudah tiba masa untuk para menteri di Malaysia untuk menyarung kasut daripada jenama Malaysia antaranya Sniika.

Bukan Vans, Ini Sebenarnya Kasut ‘Slip On’ Sniika Yang Dicipta Oleh Anak Kelantan

Nilai Saham Syarikat Indonesia Meningkat Selepas Elon Musk Makan Gula-Gula Kopiko

Sumber