Pada cuti panjang sempena Hari Malaysia baru-baru ini, ramai pihak mengambil kesempatan untuk keluar bercuti ke pusat peranginan untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Cameron Highlands merupakan salah satu lokasi percutian yang digemari ramai oleh kerana suasana persekitaran yang hijau dan sejuk berkabus, walaupun perjalanan untuk naik ke atas kawasan itu mengambil masa yang agak lama ekoran sesak dengan kehadiran pengunjung.

Baru-baru ini salah seorang pengunjung pusat peranginan itu memuat naik rakaman video dari bangunan atas di mana orang ramai mengerumuni sebuah bas yang sedang sehabis baik cuba membelok di antara kepadatan kenderaan yang diletakkan pada parkir kawasan itu.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →
@syazwana.izy

Only in Cameron 😂

♬ original sound – izy – izy

Oleh sebab ada sebuah Proton Saga double park pada bahagian kanan bas, pemandu itu tidak dapat membelok kerana bahagian belakang bas terlalu rapat dengan kereta Saga tersebut.

Disebabkan keadaan sangat riuh-rendah, orang ramai yang berada di kawasan itu segera mengerumuni bas tersebut untuk membantu pemandu yang ‘tersekat’ di selekoh berkenaan.

Tidak lama kemudian, datang pemilik Perodua Kancil datang mengalihkan kenderaannya untuk memberi ruang kepada bas membelok dengan lebih mudah lagi.

Setakat artikel ini ditulis, rakaman video sudah mendapat jumlah tontonan lebih 1.4 juta kali dan lebih 3,500 komen dariapda pengguna TikTok. Rata-rata berasa kagum dengan pemandu bas itu berjaya mengendalikan situasi dengan baik.

Pada masa mereka berasa terhibur mendengar  ‘celoteh’ perakam dan orang berhampirannya yang riuh-rendah bersorak sepanjang rakaman itu berlangsung.

Sumber Gambar: TikTok @syazwana.izy
Sumber Gambar: TikTok @syazwana.izy
Sumber Gambar: TikTok @syazwana.izy
Sumber Gambar: TikTok @syazwana.izy

Dalam pada itu, netizen juga meminta orang ramai yang terpaksa meletakkan kenderaan secara berlapis sentiasa alert supaya dapat memberi kerjasama bagi melancarkan aliran trafik di kawasan-kawasan tarikan yang padat dengan pengunjung.