Hari minggu merupakan hari paling yang dinanti-nantikan oleh orang ramai kerana pada waktu itulah kita mempunyai masa dan peluang untuk melakukan hobi kegemaran kita walaupun PKP masih berkuatkuasa.

Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam sebuah kereta Mazda RX-7 dan Proton Satria sedang ‘layan’ memandu di sekitar kawasan Tropicana Golf & Country Resort di Ara Damansara. Namun nasib tidak menyebelahi pemandu kereta Mazda RX-7 apabila kereta tersebut telah berpusing terbabas semasa mengambil selekoh.

Ramai pengguna internet kagum dengan kecekapan pemandu Proton Satria kerana dia berjaya mengelak daripada merempuh kereta Mazda RX-7 yang terbabas di hadapannya. Pada masa yang sama peminat-peminat kereta telah berkongsi pandangan sesama mereka mengenai insiden ini.

Mereka memuji kereta Proton Satria kerana menggunakan teknologi daripada Lotus yang memberikan handling yang baik kepada pemandu. Pada masa yang sama mereka menerangkan kereta Mazda RX-7 tersebut terbabas semasa memecut di selekoh kerana kereta tersebut menggunakan transmisi rear-wheel-drive yang agak sukar dikawal jika tidak pengalaman.

vocket-rx-7-proton-satria-3

vocket-rx-7-proton-satria-9

vocket-rx-7-proton-satria-7

vocket-rx-7-proton-satria-10

vocket-rx-7-proton-satria-4

vocket-rx-7-proton-satria-6

vocket-rx-7-proton-satria-8

Walaupun video ini menunjukkan kereta Proton mampu mengambil selekoh dengan kadar kelajuan yang agak tinggi, janganlah anda meniru ‘aksi’ tersebut kerana Vin Serento dari filem Superfast! pernah berkata — “It’s not the car you drive. It’s the driver who’s driving the car that’s doing the driving.”

Baca lagi artikel-artikel mengenai insiden kemalangan yang berjaya dirakam melalui ‘dashcam’ kenderaan di pautan bawah.

Langgar Van Hingga Terbalik, Pemandu Myvi Ditahan Selepas Gagal Larikan Diri

Berang Dengan Penunggang Motosikal, Lelaki Ini Balas Dendam Dengan Tabur Pasir Atas Jalan Raya