Kereta model Perodua Myvi merupakan salah satu kereta yang sering menjadi tumpuan orang ramai sehinggakan ada netizen yang buka satu Facebook Group khas untuk berkongsi ‘aksi-aksi luar biasa’ kereta bersaiz kompak ini.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah berkongsi rakaman video menunjukkan dua buah kereta Myvi digunakan seperti kenderaan 4×4 berjalan di kawasan semak-samuk semasa menuju ke kebun untuk mencari buah durian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hantaran Facebook tersebut telah menarik perhatian warganet yang terkejut serta kagum melihat kebolehan kereta Myvi tersebut bergerak di atas jalan tidak rata serta berlopak-lopak.

Rata-rata orang ramai seperti tidak percaya, kedua-dua kereta tersebut mampu meredah kawasan sebegitu rupa tanpa ‘tersangkut’ pada mana-mana permukaan yang tidak rata.

vocket-myvi-4×4-kebun-durian-4
Sumber Gambar: Facebook Azlin Airin
vocket-myvi-4×4-kebun-durian-3
Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Buat Hal Apa Hari ini ? ™️
vocket-myvi-4×4-kebun-durian-7
Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Buat Hal Apa Hari ini ? ™️
vocket-myvi-4×4-kebun-durian-5
Sumber Gambar: Facebook Group Myvi Buat Hal Apa Hari ini ? ™️
vocket-myvi-4×4-kebun-durian-6
Sumber Gambar: Facebook Azlin Airin

Ada juga netizen yang mempersoalkan adakah ini laluan tikus untuk mengelak sekatan jalan raya, namun pemilik hantaran ini menafikannya dengan menegaskan mereka masuk ke dalam kebun untuk melihat hasil buah-buahan ketika waktu ini.

Betul-betul champion kereta Myvi ini, patutlah ia digelar sebagai ‘King of the Road’ di negara Malaysia kita.

Oleh kerana terlalu banyak sangat ‘aksi-aksi luar biasa’ yang dibuat oleh pengguna kereta Myvi, netizen mengambil inisiatif untuk mengumpulnya di dalam satu Facebook Group khas.

Laman ‘Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?’ Jadi Medan Kongsi Gelagat Myvi Di Jalanan

Jadi ‘Punca’ Kemalangan Dan Tidak Mengaku Bersalah, Pemandu Myvi Ini Dikecam Orang Ramai

Celoteh Wanita Ini Ketika Rakam Insiden Myvi Langgar Myvi Buat Netizen Terhibur

Sumber