Sejak dari dahulu lagi Malaysia mempunyai banyak ‘permata-permata’ yang berjaya menyinari pelbagai industri sehinggalah mendapat perhatian dan sokongan daripada rakyat luar negara.

Baru-baru ini netizen berasa kagum apabila mendapat tahu lagu dua buah lagu yang  dinyanyikan oleh Dato’ Sheila Majid ketika era 90an telah digunakan dalam video iklan Nissan Skyline R32.

Baca Juga:

“Mengapa hatiku (tarakuja tarakuja-ja). Terasa terharu (tarakuja tarakuja-ja). Ku di malam ini (tarakuja tarakuja-ja). Terasa sunyi (tarakuja tarakuja-ja).

“Tinggalku sendirian tiada berteman dalam kesunyian. Dunia terang menjadi gelita cahaya indah tiada bergema,” ini antara bait-bait lagu yang kedengaran dalam video berkenaan.

@wapcar_zamil

Amacam, rasa bangga tak? 😁 #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #learnontiktok #malaysia #nissan #nissanskyline #wapcar #artismalaysia

♬ Despair (抖音热播) – 初梦

Menerusi perkongsian TikTok @wapcar_zamil, Dato’ Sheila Majid merupakan salah seorang artis Malaysia yang terawal memasuki pasaran Jepun. Kebetulan pula beliau baru sahaja melancarkan album kedua di sana, jadi dua lagu yang dinyanyikan semula ‘Larut Malam’ dan ‘Dimana Kan Ku Cari Ganti’ telah digunakan dalam iklan kereta berkenaan.

Sumber Gambar: TikTok @wapcar_zamil
Sumber Gambar: TikTok @wapcar_zamil
Sumber Gambar: TikTok @wapcar_zamil

Menurut netizen, lagu itu dipercayai dipilih kerana ia dinyanyikan dalam genre ‘City Pop’, satu genre diperkenalkan pertengahan tahun 1970an dan popularitinya meningkat pada akhir 1970an-awal 1980an hingga menjadi halwa telinga rakyat Jepun pada ketika itu.

Dalam masa yang sama, orang ramai turut berbangga lagu-lagu yang dihasilkan pada era kegemilangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Datin Amar Salmah (Saloma) masih evergreen untuk dinyanyikan semula mengikut genre peredaran zaman semasa.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.