Ketika ini, ramai berebut mahu mendapatkan set Happy Meal hanya kerana mahu memiliki permainan berupa topi seperti pekerja McDonald’s. Namun, tidak semua bertuah untuk mendapatkannya kerana jumlah stok yang terhad.

Menerusi akaun TikTok @ggatoart, beliau telah berkongsi satu filter yang menyerupai permainan Happy Meal yang dibuat sendiri oleh kerana permintaan pengikutnya. Dengan kepakaran dalam arena 3D, beliau berjaya menghasilkan filter topi McDonald’s ini dengan begitu kemas dan interaktif apabila digunakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@ggatorart

Replying to @momoolies Mekdi Happy Meal #TikTokGuru #TechTok #JomBelajar #LearnOnTikTok #EffectHouse #EffectHouseCreator

♬ Cute and heartwarming song B: Editing 2 – Ken Nakagawa

Beliau perlu menggunakan beberapa perisian berkaitan 3D dengan langkah bermula dari rendering sehinggalah ia boleh digunakan dengan lancar apabila filter ini diaktifkan. Hasil filter ini sememangnya menerima pujian ramai kerana kagum dengan kreativiti beliau dalam merelisiasikan permintaan ramai.

Rata-rata netizen sangat gembira kehadiran filter yang dibuat oleh beliau. Malah, mereka juga berterima kasih kerana berpeluang menggunakan topi maya itu tanpa perlu membeli set Happy Meal lagi. Hal ini kerana topi McDonald’s ini dilihat laku keras di serata Malaysia.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Buat anda yang berminat untuk mencuba filter topi McDonald’s ini, boleh klik di sini. Selain di TikTok, anda juga boleh menggunakan filter ini menerusi platform Instagram.

Sumber