Jika anda rasakan kes gangguan seksual cuma terjadi kepada wanita, anda silap. Dalam satu video yang viral di Twitter ini, dapat dilihat seorang gadis dilihat mengambil kesempatan terhadap artis MK daripada kumpulan K-Clique.

Difahamkan kejadian ini berlaku ketika MK sudah tamat membuat persembahan pentas dan melayan peminatnya untuk bergambar. Dapat dilihat daripada wajah MK yang beliau ternyata tidak selesa dengan perkara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kenyataan kepada mStar Online, MK berkata gadis berkenaan sudah pun menghubungi pihak pengurusan beliau dan membuat permohonan maaf kerana bertindak di luar kawalan. Beliau juga menganggap perkara berkenaan bukan sesuatu yang serius dan mahu semua pihak yang memuat naik video berkenaan memadamnya.

Rata-rata netizen berpendapat jika kejadian seperti ini berlaku kepada seorang wanita, ianya pasti menjadi isu besar tetapi jika ianya terjadi kepada lelaki, ramai orang hanya ambil mudah sahaja tentang perkara tersebut.

https://twitter.com/sufikhal/status/1177895419612782593

Kawal pelakuan anda walau artis kegemaran anda sedang berdiri di depan mata. Single K-Clique bersama Alif ‘Mimpi’ kini sudah mendapat lebih 15 juta tontonan di YouTube. Tahun 2019 memang K-Clique yang punya. Tahniah.

Ini pula perkongsian lelaki ini yang menjadi mangsa diganggu ketika sedang bersenam. Harap kita lebih aware dengan isu ini di masa akan datang.

Pemuda Ini Kongsi Pengalaman Diganggu Geng Zumba ‘Rakus’ Sewaktu Beriadah

‘Rapper’ Cari Gaduh Dengan Stesyen Radio, Padam Gambar Selepas Dikecam