Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Isu penunggang motosikal menyalahgunakan laluan bertol semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. Perkara tersebut membuatkan ramai pemandu kenderaan bertayar empat berasa kurang selesa dengan tindakan yang menjengkelkan itu.

Baru-baru ini sekumpulan ‘geng motosikal’ dirakam telah menggunakan lorong bertol khas untuk kenderaan berat. Sebanyak kira-kira hampir 26 buah motosikal mengambil kesempatan dengan melalui sebelah kenderaan berat yang merakam kejadian itu untuk melepasi palang tol tersebut.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Pemandu kenderaan berat nampak teragak-agak mahu meneruskan perjalanan apabila melihat motosikal yang bertali-arus  memotongnya dari tepi sehingga membuatkan palang tol terbuka-separa tertutup berkali-kali.

Netizen yang menonton video itu berasa kurang senang dengan tindakan geng motosikal terbabit yang menyukarkan urusan pengguna tol yang lain.

Pada masa sama, mereka membahayakan keselamatan ramai pihak memandangkan laluan yang mereka salah gunakan itu khas untuk kenderaan berat.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Pun begitu, ada yang berpendapat geng motosikal terbabit menggunakan laluan bertol kerana didakwa laluan khas bagi kenderaan beroda dua itu sangat berbahaya untuk digunakan pada waktu malam.

Diharap agar pihak konsesi tol dapat menambah baik kualiti laluan khas motosikal bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi. Bagi penunggang motosikal pula, beri kerjasama dengan menggunakan laluan khas yang disediakan supaya tidak mengganggu aliran trafik di plaza tol.

Pada awal bulan ini, ada seorang pengguna tol dimarahi penunggang motosikal apabila lambat sentuh kad Touch ‘n Go. Tonton video tersebut melalui pautan di bawah.

Lambat Sentuh Kad Touch ‘n Go, Pemandu Kereta Kena Marah Dengan Penunggang Motosikal

Gara-Gara ‘Lepaskan’ Motosikal Tersangkut, Pemandu Ini Terpaksa Bayar Tol Dua Kali

Netizen Geram Lihat ‘Rider’ Menyelit Di Laluan Tol Sehingga Kereta Dihempap Palang