Seorang pelakon remaja baru-baru ini berkongsi sebuah video tentang pengenalannya bersama seorang jejaka yang dikenali menerusi satu aplikasi terkenal dan telah mengundang kecaman netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, remaja itu memaklumkan sebelum ini beliau pernah menyukai seseorang selama dua tahun namun perasaannya itu tidak berbalas.

Baca Juga:

Jadi, beliau memilih untuk menggunakan aplikasi ‘dating’ yang dikenali sebagai Omi untuk mencari teman baharu. Aktres berusia 14 tahun ini berkata beliau yakin dengan segala maklumat yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi tersebut.

Dalam pada itu, dia juga berkongsi saat-saat bersama lelaki tersebut sepanjang perkenalan mereka. Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen meluahkan kerisauan mereka terhadap pelakon remaja itu kerana lelaki yang dikenali itu dilihat jauh lebih tua daripadanya.

Malah, mereka juga menasihatinya supaya berhati-hati dan tidak terburu-buru untuk memikirkan soal cinta kerana usianya yang masih muda. Ada yang berpendapat bahawa beliau mungkin telah dibayar oleh pihak aplikasi untuk mempromosikan aplikasi kepada pengikutnya.