Tular satu rakaman video dashcam di mana seorang wanita dirempuh dari belakang sehingga melambung ke udara oleh sebuah kereta.

Dalam rakaman video berdurasi hampir satu minit itu, selepas pemandu memotong sebuah motosikal, tiba-tiba dia seperti hilang kawalan menuju ke kiri bahu jalan dan merempuh motosikal mangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik portal Majoriti, kejadian itu berlaku di Felcra Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak pada Sabtu lalu. Difahamkan wanita dipercayai cedera parah manakala anaknya pula patah kaki.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta yang melanggar sebuah motosikal dari belakang. Kejadian kemalangan berjaya dirakam dashcam kenderaan pemandu itu sendiri.

“Pemandu mengantuk selepas balik kerja malam. Kanak-kanak tersebut patah kaki manakala ibunya cedera parah,” katanya.

Maklumat awal mendapati kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Video yang tular itu telah mendapat kecaman netizen. Tindakan pemandu membawa kereta dalam keadaan mengantuk telah mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Bagaimanapun ada juga mempertikai adakah betul pemandu tersebut mengantuk seperti didakwanya. Ini kerana sebelum kemalangan itu terjadi, pemandu berkenaan elok sahaja memotong sebuah motosikal lain.

Netizen tidak menolak kemungkinan pemandu sedang bermain telefon semasa memandu ketika kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu, netizen turut meminta orang ramai untuk mengguna topi keledar walaupun berada di jalan-jalan kampung. Ini kerana kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa kita semua sedari.