Sejak semalam, tular sebuah video di Twitter serta Facebook tentang perbuatan seorang lelaki yang melempar seekor kucing yang pada ketika itu sedang memanjat cermin hadapan keretanya.

Tindakan lelaki itu ternyata mengundang kecaman netizen kerana perbuatan tersebut dilakukan secara sedar dan bukannya spontan. Berdasarkan porkongsian akaun Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing berkenaan bukan kucing jalanan dan ia telah mengalami pendarahan dalaman akibat hentakan kuat ke lantai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kucing tersebut kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan. Rata-rata pencinta kucing tidak sanggup untuk melihat video berkenaan dan berdasarkan perkongsian ini di Twitter, netizen sudah pun menemui butiran lengkap si pelaku.

Pemilik kucing berkenaan akan membuat laporan polis supaya kes seperti ini tidak akan berulang lagi. Dengan kes kekejaman terhadap haiwan yang meningkat setiap tahun, diharap pelaku menerima hukuman yang wajar kerana haiwan juga berhak hidup tanpa ditindas.

Ini pula kisah lain berkaitan kucing yang anda boleh baca. Klik pada pautan di bawah.

Kekurangan Makanan, Pulau Kucing Ini Dibantu Rakyat Jepun Melalui Twitter

Kisah Kucing Yang Patah Hati Setelah Tuannya Meninggal Dunia

Lihat Bagaimana Lelaki Dari Thailand Ini Bina Rumah Kucing Yang ‘Awesome’ Dengan Bermodalkan RM27,000