‘Abang RELA’ sangat sinonim dengan menggalas tanggungjawab untuk menjaga jalan raya di kawasan yang ada orang ramai bagi memastikan kelancaran trafik di kawasan tersebut.

Semalam tular satu rakaman video seorang anggota RELA dikatakan dilanggar sebuah kereta mewah jenis BMW ketika yang mengawal lalu lintas di hadapan sebuah sekolah menengah di Kota Kemuning.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1390304332852105218?s=20

Menurut laporan portal Kosmo, insiden yang dipercayai berlaku pada 5.20 petang semalam disebabkan kereta BMW itu telah ‘melawan arus’ apabila laluan tersebut dijadikan laluan sehala pada waktu kemuncak bagi menjaga keselamatan pelajar yang pulang ke sekolah.

Tindakan pemandu BMW tersebut telah mengundang kemarahan netizen kerana tidak menghormati tugas yang dijalankan oleh anggota RELA tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada anggota rela tersebut semalam ketika dihubungi pihak Kosmo.

Pada pagi ini, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib menyatakan kepada Kosmo bahawa laporan polis tersebut telah ditarik balik ekoran pemandu BMW tersebut telah membuat permohonan maaf kepada anggota RELA terbabit.

“Lelaki berusia 51 tahun yang memandu kereta BMW itu telah memohon maaf kepada anggota Rela tersebut.

“Susulan itu, anggota Rela berkenaan mengambil keputusan menarik balik laporan polis yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua belah pihak telah berdamai dan tidak mahu perkara tersebut dipanjangkan lagi.

Baca lagi artikel yang menjadi pilhan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Tindakan Lori ‘Towing’ Pandu Di Hadapan Ambulans Undang Pelbagai Persoalan Buat Netizen

Pemandu GT-R Tiada Insurans, ‘Lari’ Tinggalkan Kereta Selepas Kemalangan

Tidak Mahu Mengalah Di Laluan Tol, ‘Abang Lori’ Terhibur Lihat Gelagat Altis Dan Bezza

 

Sumber