Sebut sahaja nama ‘Cikgu Suraya’ pastinya ada segelintir yang tahu akan cerita di sebalik nama itu.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Terbaharu, David Teo telah berkongsi sekeping gambar wanita berpakaian kebaya dengan mengatakan itu ‘Cikgu Suraya’. Perkongsian tersebut menjadi buah mulut netizen.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen berasa kecewa dan mendakwa drama atau filem tersebut merendahkan martabat guru kerana jelas mengambil inspirasi daripada novel fiksyen lucah yang terkenal.

photo_2020-01-28_10-07-58

Malah, rata-rata netizen tidak bersetuju cerita sebegini ditayangkan di kaca TV kerana boleh mempengaruhi fikiran anak-anak mereka dan konten cerita ini berunsurkan ‘soft porn’.

Selain itu, ada juga mengatakan bahawa para guru ada guidelines berpakaian dan apa yang ditonjolkan tidak menunjukkan profession perguruan. Malah, hal ini menunjukkan bahawa seperti profession perguruan tidak dihormati.

photo_2020-01-28_10-07-52

Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Adakah anda rasa ia sesuatu yang tidak wajar dipertontonkan atau sebaliknya?

Sebelum ini, YouTuber Alief turut pernah memuat naik video yang berinspirasikan daripada kisah ‘Cikgu Suraya’ dan dikecam ramai orang. Jika anda terlepas berita tersebut, apa kata klik pautan di bawah ini.

Padam Video Kontroversi, YouTuber Kelantan Mohon Maaf

Episod Baharu Drama Spontan Sindir Doktor Baju Batik?

Netizen Terhibur Logik Adegan Mira Filzah Main Gitar Kepada Suami Koma Dalam Adellea Sofea