Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar yang didakwa netizen sebagai telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka.

Dalam satu hantaran terbaharu di laman Twitter milik beliau, Annuar Musa kelihatan singgah di salah satu gerai di Kuala Lumpur yang berhampiran dengan rumahnya untuk menikmati Nasi Tumpang dan kuih Lompat Tikam.

“Berita terbaik dan dinanti-nantikan pagi ini….saya terjumpa warung menjual NASI BERLAUK AIR DINGIN berhampiran rumah saya di KL!!!..bukan itu saja, malah ada NASI TUMPANG dan kuih LOMPAT TIKAM!!!!….. Penjualnya tak ada lesen.. Pohon DBKL jangan tangkap.ha ha.nanti putus supply,” tulisnya di laman Twitter miliknya.

Hantaran itu bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang daripada warganet apabila Annuar Musa sekali lagi dilihat melanggar SOP yang telah ditetapkan dengan tidak memakai pelitup muka.

Salah seorang netizen pula berkata walaupun Annuar Musa kelihatan seperti baru pulang beriadah. Tetapi tindakan beliau untuk singgah di salah satu kedai tanpa memakai pelitup muka adalah salah dan ia boleh membahayakan nyawa mereka yang berada di sana.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Annuar Musa mencetuskan kontroversi. Terdahulu, beliau pernah dikompaun sebanyak RM2,000 kerana melanggar SOP apabila berkunjung ke rumah bekas perdana menteri, Tun Abdullah Badawi pada Julai lalu.

Tular berselipar LV, netizen terkejut dengan citarasa fesyen Annuar Musa yang ‘hypebeast’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tular Berselipar LV, Netizen Terkejut Dengan Citarasa Fesyen Annuar Musa Yang ‘Hypebeast’

Annuar Musa Nafi Miliki Jam Tangan Mewah Richard Mille Seperti Tular Di Media Sosial

 

Anda Mungkin Suka