Mengayuh basikal menjadi trend terkini rakyat Malaysia di mana sukan ini dilihat sebagai aktiviti yang sihat dan fun dilakukan secara berkumpulan.

Kawasan sekitar Kuala Lumpur yang berbukit menjadi tumpuan utama geng ini mengayuh kerana terdapat beberapa spot yang menarik untuk bergambar berlatarbelakangkan pemandangan kota kuala Lumpur yang indah. Begitu juga ada yang suka jalan berliku dan berbukit untuk kayuhan lebih thrill.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pun begitu, ada yang kurang senang dengan sikap segelintir pengayuh basikal ini yang dilihat mementingkan diri tanpa memikirkan keselesaan penduduk setempat.

Dalam perkongsian sebuah akaun Twitter Asal Gombak, trend berbasikal ini sedikit sebanyak menimbulkan isu di kawasan Batu 12, Jalan Gombak.

Kebanyakkannya pengayuh basikal ini datang ke sana dengan kereta dan meninggalkan kereta mereka di perkarangan Hospital Orang Asli Gombak. Tindakan itu sebenarnya menyukarkan tugas pemandu Bas Rapid KL untuk berhenti bagi mengambil serta menurunkan penumpang hospital.

Ada penduduk tempatan yang turut meluahkan perasaan bercerita perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku tetapi kini semakin menjadi-jadi. Ada kumpulan yang mengayuh di waktu puncak sambil berborak-borak bersama rakan sehingga menyukarkan penduduk setempat yang mahu ke lokasi yang ditujui dengan pantas.

Ini antara kesalahan yang dilakukan secara tidak sedar oleh pengayuh basikal. Dalam kejadian lain, pengguna Twitter ini berkongsi pula rakaman dash cam sekumpulan geng basikal yang secara terang-terangan melanggar lampu merah supaya tidak terlepas rakan mereka yang sudah berada di hadapan.

Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya yang lain, tetapi membahayakan nyawa mereka sendiri. Mungkin mereka merasakan apabila berada di atas basikal, mereka seperti ada imuniti untuk menjadi raja di atas jalan.

Walaupun berbasikal baik untuk kesihatan tetapi pengayuh sendiri diharap peka dengan isu yang dibangkitkan oleh penduduk setempat ini.

Mungkin lebih baik untuk kumpulan basikal ini membuat satu meeting point baharu yang tidak mengganggu aliran trafik dan sentiasa mengikut peraturan jalan raya. Semoga isu seperti ini tidak berulang di masa akan datang.

Ini pula artikel berkaitan seorang pemuda yang gigih berbasikal pulang dari Bangkok ke Melaka. baca lagi pada pautan di bawah.

Lelaki Ini Kongsi Kisah Kegigihan Pemuda Pulang Ke Melaka Berbasikal Dari Bangkok

3 Lelaki Ditahan Dan Disaman RM1,000 Seorang Selepas ā€˜Kantoiā€™ Berbasikal Dari Ampang Ke Jelebu

Tular Video Lumba Di Jalanan, Netizen Mahu Basikal Lajak Diharamkan Atas Jalan Raya