Drama sinetron dari negara seberang sememangnya tidak pernah mengecewakan. Walaupun ada sesetengah siri sinetron ini yang mencecah ratusan episod, pasti ada sahaja peminat di Malaysia yang mengikut siri berkenaan sehingga tamat.

Beberapa hari ini tular di Facebook berkenaan watak terkemuka DC Comics, Batman yang membuat ‘kemunculan khas’ dalam sebuah drama bersiri yang disiarkan stesyen Indosiar. Dalam drama berkenaan, dapat dilihat Batman muncul ketika zaman empayar Majapahit.

IMG_2966
HYPE
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol, Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan ‘Photoshoot’ Raya 2020
Baca lagi →

Tidak cukup dengan itu, bukan hanya Batman tetapi penjahat terkenal Joker turut membuat kemunculan dalam siri ini; juga sebagai orang jahat.

Drama Korea itu ga ada apa2nya dibanding Sinetron Indonesia.. Paling mentok Dokter modern terlempar ke jaman kerajaan…

Posted by Ihdina Yulia Wardhani on Wednesday, 4 March 2020

Setelah membuat kajian, drama siri ini bukanlah karya baharu tetapi ditularkan kembali oleh netizen di Indonesia. Tutur Tinular adalah siri episod radio yang sangat terkenal di radio yang mula bersiaran pada tahun 1989. Disebabkan popularitinya, siri berkenaan diangkat untuk dijadikan siri TV pula pada tahun 1997.

Tutur Tinular pada mulanya berkisarkan tentang perjalanan hidup dan pencarian jati diri seorang pendekar berjiwa kesatria bernama Arya Kamandanu yang hidup ketika berdirinya Kerajaan Majapahit.

Semua baik-baik sahaja sehinggalah siri ini dibuat kembali pada tahun 2011. Versi baharu Tutur Tinular dikemudi oleh Genta Buana Paramita sebagai producer. Genta didakwa menjadi punca sejarah Tutur Tinular jadi kucar kacir serta tidak masuk akal.

Mana tidaknya, versi 2011 Tutur Tinular ini jauh melencong daripada konsep asalnya (berkaitan sejarah) yang kini lebih mementingkan kisah percintaan, konflik keluarga, selingan lau persis filem Bollywood serta mamasukkan tokoh-tokoh sejarah dan legenda yang tidak masuk akal.

Antara watak terkenal yang tiada kena-mengena dengan Tutur Tinular asal yang muncul dalam siri ini adalah Wong Fei Hung (tokoh Kung-Fu), Pahlawan Bertopeng dan termasuklah Batman dan Joker. Hinggakan penjahat Penguin juga turut buat kemunculan dalam siri ini.

Walaupun Tutur Tinular sudah kacau bilau, siri ini tetapi diterima oleh penonton di Indonesia. Ketika ditayangkan pada 2011, sinetron ini tetap dipenuh iklan walaupun berdepan pelbagai kontroversi. Genta mungkin tidak kisah asalkan siri berkenaan ‘buat duit’. Apa sinetron baharu dari negera sebenrang yang anda follow ketika ini?

Tahukah anda Superman pernah ‘tewas’ di Indonesia? Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

DC Comics Kalah Kes Hak Cipta ‘Superman’ Di Indonesia

Peminat Indonesia Cipta Teori Konspirasi Baharu, Ahmad Dhani Sekarang Adalah ‘Ahmad Dhani Clone”

Bagaimana Dua Kes Coronavirus Cetus Situasi Panik Kepada 273.52 Juta Rakyat Indonesia?

Anda Mungkin Suka