Nikon Photo Contest merupakan pertandingan yang dianjurkan jenama Nikon setiap tahun bagi menghargai gambar yang diambil jurugambar dari seluruh dunia. Menerusi pertandingan ini, Nikon menerima ribuan gambar dan baru-baru ini, mereka telah mengumumkan gambar terbaik untuk edisi 2018- 2019.

Yang mencuri tumpuan netizen serta jurugambar dari seluruh dunia bukan gambar pemenang keseluruhan pertandingan ini tetapi gambar yang dirakam oleh Jiangyu Zheng dari China ini. Beliau memenangi anugerah Silver Prize menerusi gambar yang dinamakan ‘油画人像(A Person in an Oil Painting)’.

Gambar yang dirakam memberi ilusi persis lukisan minyak. Tetapi jurugambar profesional nyata tidak gembira dengan pemilihan gambar berkenaan sebagai salah satu pemenang Nikon Photo Contest. Bagi mereka, lukisan berkenaan tidak langsung memperlihatkan keupayaan canggih kamera Nikon.

Nikon Comment
Antara komen yang ditulis di laman Facebook Nikon Photo Contest

Ada juga yang memberi pandangan pemilihan gambar tersebut sebagai pemenang merupakan satu penghinaan kepada jurugambar dengan gambar hebat lain yang turut menyertai pertandingan tersebut.

Pemilihan setiap gambar dilakukan oleh 12 jurugambar terkemuka dunia dan mereka lebih tahu tentang ‘seni’ pada gambar ini. Atau mungkin juga mereka sengaja memilih gambar ini untuk tujuan viral? Segalanya mungkin.

Untuk jadi jurugambar yang hebat, anda perlu tahu asas ambil gambar terlebih dahulu. Ini tip yang anda boleh cuba untuk tingkatkan mutu rakaman gambar anda.

5 Tip Asas Ambil Gambar Guna Telefon Supaya Nampak Cantik

Jurugambar Malaysia Ini Terpilih Sebagai 30 Jurugambar Perkahwinan 2019 Untuk Majalah ‘Rangefinder’