Sebuah gerai roti canai terkenal di Pulau Pinang nampaknya menjadi tumpuan netizen kali ini apabila didakwa menyediakan roti canai dengan cara yang kotor.

Dalam sebuah video terbaharu yang dimuat naik oleh Saiful Chin di laman Twitter miliknya, dia mendakwa bahawa gerai tersebut adalah Roti Canai Transfer Road.

Baca Juga:

Di dalam video berdurasi pendek tersebut, kelihatan penebar roti canai tersebut tidak menjaga kebersihan kedai apabila hanya membiarkan sahaja telur yang pecah di dalam bekas.

Saiful Chin di dalam ciapannya mempersoal orang ramai yang selalu berkunjung ke sini, “Aku tak faham lah kenapa masih ramai datang kedai ini,” katanya.

Sejak video itu dimuat naik, ia telah menarik perhatian 500,000 netizen di Twitter dengan lebih 2,000 ciapan balas.

Ciapan yang tular ini juga telah membuka ruang kepada netizen untuk menyampaikan pandangan mereka.

Kebanyakan netizen yang bertandang di ruang komen menceritakan pengalaman pahit mereka berkunjung ke kedai tersebut.

Netizen menyeru agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat siasatan ke atas gerai tersebut yang tidak menitikberatkan soal kebersihan.

Kemaskini

Selepas laporan ini dimuat naik, pihak restoran telah tampil membuat membuat kenyataan.

Melalui sebuah video yang dimuat naik Malaysia Gazette, pemilik gerai roti canai tersebut menyatakan permohonan maaf kepada orang ramai.

Beliau juga menyatakan bahawa memang begitu cara pekerja beliau ‘membuang’ telur tersebut, tetapi kesemua telur itu sudah dicuci sebelum diguna.