Setiap kali bulan Ramadan, sudah pastinya bazar Ramadan antara lokasi yang dituju ramai. Menawarkan seleksi juadah membolehkan para pembeli mendapatkan makanan serta minuman yang berbeza untuk berbuka.

Dalam pada itu, di sebalik menjadi bulan untuk para peniaga mencari rezeki tambahan, masih terdapat peniaga makanan yang seolah tidak mengedahkan soal kebersihan serta kekemasan untuk ditampilkan buat para pelanggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, tular sebuah perkongsian daripada Instagram Halal Foodie yang menyaksikan peniaga ayam percik ini memilih untuk meletakkan sos ayam percik sekadar dalam tong sampah sahaja.

Meskipun tong sampah tersebut diandaikan bersih, para netizen berpendapat tong sampah itu sememangnya sinonim untuk meletak sampah dan bukannya makanan.

Bukan itu sahaja, terdapat netizen yang berasa kembang tekak melihat tong sampah yang sekadar diletakkan di tepi laluan tanpa alas digunakan sebagai bekas sos ayam percik.

Sumber: Instagram Halal Foodie

 

Sumber: Instagram Halal Foodie
Sumber: Instagram Halal Foodie

Sehubungan dengan itu, para peniaga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan sekaligus menggunakan peralatan yang sesuai agar makanan yang ditawarkan tampil menarik di mata pembeli sekaligus membolehkan lebih banyak penjualan dapat dibuat.