Sejarah cenderung untuk berulang, walaupun COVID-19 masih berada dalam keadaan terkawal, kita sebagai masyarakat seperti perkara yang sama seperti yang dilakukan pada tahun 1918 semasa wabak selesema Sepanyol.

Satu keratan surat khabar lama telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang menunjukkan pantang larang bagi mencegah wabak yang menyerang dunia ketika itu dan ianya sama seperti yang sedang kita praktikkan sekarang.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

‘Pakai pelitup muka’ adalah arahan pertama yang ditulis dan diikuti dengan beberapa arahan lain seperti ‘basuh tangan anda sebelum makan’. Arahan lain juga mendesak orang ramai untuk tidak mengabaikan nasihat pakar walaupun mereka tidak faham.

Pandemik influenza tahun 1918 adalah salah satu pandemi paling teruk dalam sejarah dunia. Ia disebabkan oleh virus H1N1 dengan gen yang berasal dari burung. Walaupun tidak diketahui dari mana ia mula merebak, virus ini telah tersebar ke seluruh dunia dari tahun 1918 hingga tahun 1919.

Arahan yang sama turut dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam perang memerangi wabak COVID-19 yang telah membunuh 125 orang di Malaysia setakat hari ini.

Kepentingan untuk mengikut arahan seperti memakai pelitup muka di tempat awam, jaga penjarakan sosial dan sentiasa membasuh tangan adalah langkah yang sama di ambil oleh masyarakat pada tahun 1918 bagi membendung wabak selsema sepanyol.

Untuk rekod, setakat hari ini, Malaysia telah mencatatkan lebih 9,000 kes COVID-19 dengan lebih 8,000 orang telah berjaya pulih daripada wabak ini. Langkah awal kerajaan dengan meminta rakyat Malaysia untuk kekal duduk di rumah pada awal tahun ini jelas sedikit sebanyak telah berjaya membuahkan hasil.

Terdahulu, kerajaan telah mewajibkan kepada seluruh orang awam untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat yang sesak bermula 1 Ogos lalu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam Diwajibkan Bermula 1 Ogos

“Nasihat Dulu Bukan Terus Saman” – Netizen Cadangkan Orang Ramai Tidak Terus Dikompaun

Sering Pakai Pelitup Muka Di Bawah Dagu? Ini Pesanan Dr Noor Hisham Buat Anda

Anda Mungkin Suka