Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Pada awal minggu ini semakin ramai dapat melihat Perodua Alza 2022 bergerak di atas jalan raya. Sememangnya MPV serba baharu itu berjaya mencuri perhatian ramai sehingga ‘hangat’ menjadi bualan di pelbagai platform internet.

Terbaharu, tular beberapa gambar sebuah Alza baharu terlibat kemalangan dengan dua buah lagi kenderaan, Hyundai Tuscon dan Perodua Kancil.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menurut perkongsian Facebook PanduLaju, kejadian terbabit berlaku apabila ada sebuah Proton Saga keluar simpang secara meluru, kemudian melanggar kereta Hyundai sehingga SUV itu terbabas merempuh Perodua Alza dan Kancil.

Gambar-gambar yang tular itu telah menarik perhatian netizen dan mereka memberikan pelbagai reaksi terhadap kejadian terbabit.

Ramai warganet berasa kagum dengan ciri keselamatan yang ada pada Alza serba baharu ini kerana berjaya menyelamatkan pemandu dan penumpang daripada mengalami kecederaan yang lebih parah. MPV terbaharu itu mendapat ‘5 Bintang ASEAN NCAP’ dalam ujian kemalangan dengan skor keseluruhan sebanyak 81.64 mata.

Dalam pada itu, ramai juga menzahirkan rasa simpati kepada pemilik Alza terbabit kerana kereta baru sahaja dapat (plastik masih ada pada tempat duduk), sudah terlibat kemalangan disebabkan pemandu lain yang cuai.

Sumber Gambar: Facebook Paultan.org automotive/Car discussion

Sumber Gambar: Facebook DreamCar Channel

Sumber Gambar: Facebook DreamCar Channel

Sumber Gambar: Facebook DreamCar Channel

Sumber Gambar: Facebook DreamCar Channel

Sumber Gambar: Facebook Paultan.org automotive/Car discussion

Dalam pada itu orang ramai mendoakan semoga mangsa-mangsa yang terlibat dapat menyelesaikan perkara yang berlaku dengan baik dan kereta masing-masing dapat dibaiki secepat mungkin.

Netizen juga meminta para pemandu seharusnya berhati-hati dan tidak terburu-buru semasa mahu keluar simpang supaya tidak mengundang kemalangan jalan raya.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk tonton proses ujian kemalangan model Perodua Alza 2022 yang berjaya mendapat penarafan ‘5 Bintang ASEAN NCAP’.

Lihat Bagaimana Perodua Alza 2022 Diuji Sehingga Layak Terima Penarafan ‘5 Bintang ASEAN NCAP’

Ini ‘Review’ Penuh Pemilik Perodua Alza 2022 Selepas Memandunya Selama 3 Hari

‘Ini Barulah Presiden Kelab Sebenar’ – Pemilik Pertama Perodua Alza 2022 Raih Perhatian Netizen