Laman legit check ‘terkemuka’ negara, Streetwear Busted Malaysia nampaknya terpalit dengan satu kontroversi baharu. Baru-baru ini, mereka telah membuat kenyataan di Instastory yang merendahkan kredibiliti jenama Uniqlo yang mengundang rasa kurang senang peminat streetwear tempatan.

Kata mereka jika anda gayakan persalinan Uniqlo dengan sneakers yang mahal di pasaran, kemungkinan besar kasut yang disarung di kaki anda itu adalah fake.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan dikecam teruk netizen kerana begitu mudah mahu legit check pemakaian seseorang tanpa pemeriksaan secara teliti. Menurut Streetwear Busted Malaysia, perkongsian yang mengelirukan itu dibuat oleh admin baharu dan pihaknya telah memohon maaf satu jam selepas perkongsian tersebut dibuat.

Berikutan isu tersebut, Bryan Chin yang merupakan founder MASSESMY dan Sneakerlah telah menegur secara baik dan tidak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Streetwear Busted Malaysia.

Tambahnya, jika mahu mendidik dan beri kesedaran kepada orang ramai, perlulah dibuat sebaiknya. Lantaran itu, ramai yang pernah berurusan dengan pihak Streetwear Busted Malaysia berkongsi pengalaman mereka dengan Bryan.

Ada yang mendakwa pihak Streetwear Busted Malaysia tidak membayar atas perkhidmatan yang telah digunakan dan turut rasa tertipu kerana tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.

Bukan itu sahaja, dari isu legit check barangan ke isu pengalaman ‘pahit’ berurusan dengan pihak Streetwear Busted Malaysia dan kini menjadi isu perkauman.

Menerusi perkongsian Bryan, dirinya terkejut bagaimana isu legit check bertukar jadi isu perkauman secara tiba-tiba. Dapat dilihat dalam perbualan tersebut, admin Streetwear Busted Malaysia mengatakan orang Melayu lemah kerana bergantung kepada Bryan yang berbangsa Cina.

Bryan menegaskan mentaliti seperti itu yang membuatkan rakyat Malaysia berpecah belah. Tambahnya, program Sneakerlah yang dianjurkannya adalah tempat untuk peminat streetwear tanpa mengira bangsa dan agama untuk berasa gembira.

Oleh itu, pihak Streetwear Busted Malaysia dalam satu kenyataan telah meminta maaf atas kekhilafan pihak mereka dan menarik segala kenyataan mereka yang memetik isu berkaitan Uniqlo, perkauman dan lain-lain yang dibuat secara terburu-buru.

os1

OS2

os3

Tambahnya, pihaknya berharap orang ramai akan memberikannya ruang untuk memperbaiki kesilapan dan sedar tidak seharusnya menyentuk topik yang sensitif seperti itu.

Malah, pihak Streetwear Busted Malaysia menerima dengan hati yang terbuka sebarang komen dan kritikan. Pihaknya juga berterima kasih kepada para penyokong yang masih menyokong mereka. Ketika ini, akaun Streetwear Busted Malaysia dikunci untuk tatapan umum.

Sementara itu, kami kongsikan isu yang berkaitan Streetwear Busted Malaysia pada pautan di bawah ini.

Disangka ‘Legit’, Streetwear Busted Malaysia Kantoi Jual Barang Ciplak?

Awal Ashaari ‘Perang Besar’ Dengan Streetwear Busted MY Kerana Yeezy Boost 750