Jika anda masih ingat mengenai video ulasan seorang ahli farmasi yang dikenali sebagai sitiawe mengenai bahaya suntikan vitamin c telah menerima banyak komen negatif daripada orang ramai. Hal ini terjadi apabila orang ramai mempertikaikan kelayakan yang dimiliki oleh beliau untuk mengulas isu berkenaan.

Baru-baru ini beliau sekali lagi menjadi buah mulut netizen yang kurang ilmu mengenai bidang perubatan ini. Siti Hawa telah memuat naik video di laman Instagram mengenai penjelasan apa itu penyakit kaki tangan dan mulut. Video yang dimuat naik tersebut pada dasarnya amatlah berguna dan membantu masyarakat untuk lebih memahami wabak tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun begitu terdapat sekelompok netizen yang gemar mengutuk dan mempertikaikan sekali lagi kelayakan beliau. Antara komen negatif yang diterima telah mengatakan bahawa Siti Hawa tidak layak bersuara kerana beliau bukanlah seorang doktor perubatan tetapi hanya seorang ahli farmasi.

Setiap staf yang berkhidmat dalam bidang perubatan mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu penyakit tidak kira individu tersebut merupakan ahli farmasi, penolong pegawai perubatan, doktor, mahupun jururawat.

Peranan ahli farmasi bukan hanya memberi ubat semata-mata seperti yang didakwa oleh sesetengah netizen yang masih belum faham mengenai peranan ahli farmasi. Ahli farmasi mempunyai pengetahuan mengenai jenis penyakit tetapi tidak terlalu mendalam seperti keahlian seorang doktor perubatan. Namun tidak menjadi satu kesalahan jika mereka memberikan pandangan mengenai isu kesihatan.