Di saat pandemik COVID-19 menyerang orang ramai serta ekonomi dunia, Jeff Bezos masih boleh tersenyum melihatkan aset serta sahamnya terus meningkat sejak akhir-akhir ini.

Menerusi sebuah laporan terbaru daripada Comparisun, CEO Amazon yang kini merupakan manusia terkaya dunia dijangka bakal menjadi manusia pertama dengan kekayaan mencecah $1 trilion menjelang 2026. Sebagai rekod, Amazon berjaya mengaut keuntungan sebanyak $75.5 bilion (~RM327.25 bilion) sepanjang tiga bulan pertama 2020.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →
K2PVXWI4CVFZ7FNBMCA6EIKHFU

Sumber: inquirer

Meskipun Jeff Bezos yang merupakan warganegara Amerika Syarikat dijangka bakal mencapai kekayaan yang luar biasa, netizen di negara tersebut nyata kurang senang dengan laporan ini sekaligus menaikkan hashtag #RIPCapitalism dalam menentang jurang kekayaan Jeff Bezos berbanding rakyat marhaen. Berikut merupakan antara reaksi netizen di Amerika Syarikat dengan isu ini.

Kebajikan dan kerahan tenaga Amazon yang tidak diendahkan sewaktu pandemik antara yang membuatkan orang ramai kurang senang dengan Jeff Bezos. Tidak kurang juga yang membandingkan jumlah dana yang dikeluarkan Jeff Bezos dalam membantu mangsa pandemik COVID-19 tidak setimpal dengan kekayaannya sebagai manusia terkaya dunia.

Sementara itu, Bill Gates yang sebelum ini manusia terkaya dunia dilaporkan bakal mengeluarkan vaksin COVID-19 seawal tahun hadapan.

Vaksin COVID-19 Keluaran Bill Gates Dijangka Tiba Seawal Setahun Lagi

Bill Gates Letak Jawatan Lembaga Pengarah Microsoft Untuk Fokus Dengan Kerja Kebajikan

Anda Mungkin Suka