Jika pada awal bulan lalu tular mengenai Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang disahkan positif COVID-19, minggu ini tokoh agamawan yang diidolakan ramai ini dikaitkan pula dengan penulis buku Dajjal Illuminati.

Menerusi perkongsian daripada Amirul Asyraf di Facebook, beliau yang meletakkan gambar Datuk Dr. Zulkifli bersama penulis Aiman Banna beserta caption yang meragukan sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi serta komen daripada netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih menjadi kontroversi serta menakutkan orang ramai apabila buku bertajuk Bagaimana Bila Jumpa DAJJAL ini mengandungi beberapa maklumat yang mampu mengelirukan orang ramai seperti dakwaan Dajjal mempunyai rupa paras yang handsome dan persis Nabi Isa dan Nabi Muhammad.

Dalam pada itu, rata-rata netizen nampaknya kurang senang dengan perkongsian yang lelaki dengan mengatakan untuk tidak mudah mendakwa seseorang dengan mudah hanya melalui gambar bersama Datuk Dr. Zulkifli.

Screenshot 2020-11-27 at 12.13.37 PM

Screenshot 2020-11-27 at 12.14.21 PM

Screenshot 2020-11-27 at 12.26.44 PM

Perkongsian lelaki ini turut mendapat perhatian Setiausaha Akhbar Menteri Agama dengan memaklumkan Menteri Agama sememangnya tidak terlibat dengan apa-apa isu atau sokongan terhadap penulis buku ini. Selain itu, Menteri Agama juga sekadar hadir untuk satu pertemuan dan di akhir pertemuan beliau dihadiahkan sebuah buku.

Menerusi perkongsian ini diharap orang ramai tidak lagi membuat spekulasi dan dakwaan hanya melalui perkongsian gambar bersama.

Sekitar dua tahun yang lalu, Aiman Banna selaku penulis telah terpalit dengan isu melibatkan penipuan sebelum mendakwa dirinya mengalami kemurungan serta dinasihatkan untuk berehat oleh doktor.

Penulis Novel ‘Aku Mahu Hidayah’ Dedahkan Cubaan Menipu Aiman Banna

Kumpulan Anti-Vaksin Tidak Setuju Dr Zulkifli Dilantik Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama