Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Syarikat kurier J&T Express dilaporkan netizen tidak lagi membuat penghantaran bungkusan atau parcel ke beberapa kawasan dalam negara ketika ini.

Perkara itu didedahkan melalui satu ciapan yang dibuat pengguna Twitter sejak semalam serta komen-komen yang ditinggalkan di kiriman Facebook milik J&T Express – Malaysia.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

“J&T dah tak hantar parcel (bungkusan) ke poskod ini,” tulis @adilafarhanaali di laman Twitter beliau.

Ciapan itu kemudiannya menarik perhatian ramai dan sehingga artikel ini ditulis sudah pun mencecah sehingga 15 ribu retweet.

Beliau turut mengepilkan dua keping gambar tertulis senarai kawasan yang didakwanya akan dihentikan perkhidmatan penghantaran bungkusan oleh syarikat pengendali kurier terbabit.

EUxYQPEVAAYwrbR

Ciapan itu turut disokong oleh kiriman seorang lagi pengguna Twitter yang mengesahkan dakwaannya mengenai tiada lagi kiriman yang dibuat syarikat kurier itu ke kawasan yang tersenarai.

Maklumat tersebut katanya diperoleh daripada salah seorang rakannya yang mendapat ‘maklumat’ tiada lagi penghantaran akan dibuat ke kawasan tersenarai.

Masih beroperasi walaupun banyak

Semakan kami di laman Facebook J&T Express – Malaysia untuk mencari sebarang kenyataan rasmi daripada pihak syarikat mengenai dakwaan tersebut bagaimanapun tidak membuahkan hasil.

Bagaimanapun, apa yang ditemui pihak kami hanyalah beberapa komen daripada netizen mengenai perkara itu yang tidak dijawab pihak syarikat serta senarai panjang aduan yang dibuat oleh pengguna mengenai kelewatan penghantaran parcel.

jt

jayb red

Walaupun tiada makluman khusus berkenaan perkara itu, J&T Express dalam kiriman terakhir mereka kira-kira 16 jam yang lalu bagaimanapun menjelaskan operasi mereka masih berjalan seperti biasa.

“Tidak kira berapa banyak bungkusan yang ada di tangan kami. Sudah menjadi tangungjawab kami untuk menghantar pesanan anda.

“Kami adalah J & T Express! Terima kasih dispatcher, anda terbaik untuk kami. 👍 💪,” tulis mereka dalam satu kiriman pada semalam. 

It does not matter how many parcels are in our hands, we will get it delivered because it is our responsibility. It is…

Posted by J&T Express – Malaysia on Saturday, 4 April 2020

90373641_1291833524334771_1705376108439928832_o

Malah, pihak mereka sebelum ini juga sudah membuat makluman awal mengenai perkara itu sejurus selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama oleh Perdana Menteri pada bulan lalu.

Jika melihat kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pihak syarikat, para pengguna tidak seharusnya risau dengan bungkusan mereka yang dikendalikan pihak J&T Express, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka tampil menjawab dakwaan-dakwaaan netizen mengenai perkara ini.

Sebelum ini perkhidmatan perbankan online CIMB Clicks juga dilaporkan netizen turut mengalami masalah di musim PKP dan COVID-19 ini. Baca perkonsgsian kami mengenai isu ini di pautan di bawah.

Ada Yang Cecah RM11,000, Netizen Bengang Duit Dalam Akaun CIMB Ditolak Tanpa Sedar Secara Berjemaah

Akibat Kapal Kontena Karam, Barangan Yang Dipesan Anda Melalui Taobao Mungkin Hilang

Anda Mungkin Suka