Jika anda menonton Anugerah Juara Lagu ke 34 yang berlangsung semalam, sudah pasti anda akan perasan ada sesuatu yang kurang enak berlaku ketika persembahan penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza sedang berlangsung.

Ketika masuk untuk berduet mengiringi Bob Yusuf bagi mendendangkan lagu Anta Permana, para penonton dikejutkan dengan insiden suara Dato Siti yang tidak kedengaran di awal persembahannya.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Perkara itu dipercayai berpunca daripada masalah mikrofon yang tidak berfungsi ketika Siti berjalan masuk ke pentas.

Walaupun insiden itu hanya berlaku selama beberapa saat sahaja, namun para penonton dapat menangkap perkara itu terutamanya mereka yang menonton melalui siaran langsung di rumah.

Malah ia tidak mengambil masa yang lama untuk netizen-netizen ini membawa rasa tidak puas hati mereka ke laman media sosial terutamanya di Twitter.

Berikut adalah beberapa luahan para netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan insiden tersebut.

Untuk rekod, kali terakhir Siti Nurhaliza membuat persembahan di pentas AJL adalah pada 2008 dengan lagu Destinasi Cinta ketika itu.

Kecewa dengan masalah mikrofon tersebut, peminat juga berpendapat masalah pada malam tadi tidak sepatutnya berlaku memandangkan pentas AJL adalah merupakan salah satu pertandingan berprestij di negara ini.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang gembira dengan penampilan semula penyanyi nombor satu negara itu selepas 13 tahun meninggalkan pentas AJL.

Dalam satu video yang dikongsikan di YouTube, Dato Siti menjelaskan comeback yang dibuatnya kali ini adalah bagi menyokong persembahan Bob Yusuf serta penulis lirik dan pembuat lagu tersebut.

Malah, keputusannya untuk kembali ke pentas itu juga dilakukan di saat akhir selepas mendapat persetujuan dari suaminya, Datuk K.

Apa-apa pun, sebagai peminat industri hiburan tempatan dan sebagai seorang yang membesar dengan lagu-lagu dendangan Dato’ Siti kita semua sepatutnya berasa gembira dengan kemunculan kembali beliau pada semalam.

Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal yang berlaku, namun kita masih lagi dapat menikmati persembahan bertenaga daripada penyanyi nombor satu negara itu.

Jika anda terlepas untuk menyaksikan persembahan beliau pada semalam, apa kata anda dengarkan persembahan Anta Permana dengan versi penuh vokal Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang baru dimuat naik kembali di sini.

Kami juga ada kongsikan beberapa artikel lain mengenai Anugerah Juara Lagu 34 yang berlangsung pada semalam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sumpah Juara Anugerah Juara Lagu 34

Persembahan ‘Live’ Aina Abdul Cetus Kontroversi, Ini Penjelasan Beliau

Dipuji Netizen, Inilah ‘Makeup Artist’ Di Sebalik Solekan Seram Aepul Drama Band Di Pentas AJL 34

Anda Mungkin Suka