Sejak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal sememangnya diketahui umum menjadi antara aktiviti sukan pilihan ramai dalam kalangan masyarakat kita tanpa mengira latar belakang.

Populariti aktiviti ini dilihat semakin berkembang terutamanya semenjak beberapa siri perintah kawalan pergerakan yang berlangsung di negara kita dan boleh dikatakan sebahagian besar mereka ini berkongsikan aktiviti berbasikal yang dilakukan mereka di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, aktiviti berbasikal atau apa-apa sahaja aktiviti sukan sekalipun tidak akan menjadi masalah kepada orang ramai atau masyarakat sekeliling sekiranya mereka ini beriadah dengan cara yang betul.

Namun, sekiranya ada sesetengah daripada yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya- seperti yang dilakukan oleh individu ini yang memanjat pokok sambil membawa basikalnya untuk bergambar sebelum berkongsikan di media sosial sudah pasti ia akan menerima reaksi yang kurang baik daripada netizen.

FOTO: PERAK PRESS

Gambar berkenaan yang dikongsikan oleh beberapa page Facebook seperti Perak Press dan Taiping Zone difahamkan ditangkap di Taman Tasik Taiping baru-baru ini berdasarkan kapsyen serta gambar pokok berkenaan yang turut terdapat di tasik berkenaan.

Tambah mengecewakan, hantaran-hantaran yang dikongsikan netizen dan page-page Facebook ini turut membekalkan gambar yang menunjukkan papan tanda larangan untuk memanjat pokok berkenaan yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Malah terdapat juga perkongsian daripada page Taiping Zone yang mengingatkan para pengunjung dilarang untuk memanjat pokok-pokok berkenaan sejak daripada 2018 lagi.

125234171_2501803240113179_382710739791359447_n
Foto: Perak Press

Perkara itu sekaligus menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan sejujurnya jika anda membaca komen-komen yang ditinggalkan, kebanyakan daripada mereka dilihat kecewa dengan tindakan individu berkenaan.

“Tak faham betul lah, padahal dah terang-terang ada signboard dekat situ (tetapi) masih nak panjat.

“Orang Taiping sendiri pun sayang pokok-pokok dekat situ, hmmmm,” keluh netizen.

“Saya sebagai orang Taiping amat kesal ya dengan perkara diatas,” tambah seorang lagi netizen di ruangan komen.

Jika benar gambar pokok berkenaan adalah seperti yang berada di Taman Tasik Taiping, maka ianya sudah pasti sangat mengecewakan. Hal ini kerana pokok-pokok berkenaan sebelum ini pernah dilaporkan tumbang pada 2018.

Bagaimanapun, pihak Majlis Perbandaran Taiping pada tahun lalu pernah dan telah menyelenggara dengan memasang besi yang lebih kukuh dan tapak konkrit yang lebih sempurna dan selamat untuk menampung pokok-pokok berkenaan.

Baca juga perkongsian mengenai model ini yang menerima amaran daripada DBKL selepas dikatakan merosakkan pokok bunga ketika bergambar melalui pautan di bawah. 

Model Instagram Diberi Amaran Oleh DBKL Selepas Bergambar Dan Rosakkan Pokok Bunga Di River Of Life

‘Mengalah Sahaja Daripada Binasa’- Pelari Ini Kongsi Pesanan Buat Geng Basikal Yang Masih Degil

Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak