Pelakon Jepun, Akira Kubodera, 43, yang terkenal dengan peranannya dalam siri televisyen Kamen Rider dan Sailor Moon, telah dilaporkan meninggal dunia selepas disyaki membunuh diri, lapor media Jepun.

Kubodera ditemui dalam keadaan koma di rumahnya yang terletak di Nagano, Tokyo pada 13 Nov, dan diumumkan meninggal dunia setelah tiba di hospital. Siasatan awal oleh polis Tokyo menunjukkan bahawa dia telah membunuh diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kenyataan media pada 14 Nov, agensi mengesahkan kematiannya, sambil menambah bahawa kematian Kubodera berlaku secara mengejut sehingga keluarga dan rakan sekerjanya tidak dapat menerima pemergiannya.

Agensi tersebut menyatakan bahawa mereka tidak dapat mendedahkan maklumat yang lebih terperinci kerana kes tersebut sudah berada di bawah siasatan polis. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang berkongsi belas kasihan kepada Kubodera.

Sejak berita kematiannya dilaporkan oleh media, kebanyakan netizen mula berkongsi mesej takziah kepada Kubodera. Berikut adalah ucapan daripada peminat Kamen Rider.

https://twitter.com/OddRayRin/status/1327407006152462336

Untuk rekod, Kubodera terkenal dengan pelbagai peranan yang dimainkan olehnya dalam beberapa siri televisyen Kamen Rider. Dia pernah bermain Kanai di dalam Kamen Rider Blade, Aberu di dalam Kamen Rider Kiva, Doctor Fujita di dalam Kamen Rider OOO, dan Kanai (Giraffa Undead) di dalam Kamen Rider Blade.

Dia yang mula mencipta nama sejak dari zaman universiti lagi memulakan kariernya dengan menjadi model pada tahun 1995 sebelum beralih kepada bidang lakonan pada tahun 1999. Dia juga terkenal sebagai Kunzite di dalam Pretty Guardian Sailor Moon, salah satu adaptasi siri manga, Sailor Moon. 

Terdahulu, Kamen Rider ini kongsi kisah perkahwinanya bersama dengan gadis melayu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kamen Rider Kongsi Kisah Perkahwinannya Dengan Gadis Melayu

‘Satria Heroes’ Kamen Rider Versi Indonesia, Tayangan 4 Mei 2017

Sumber