Drama konflik politik Malaysia akhirnya menemui episod akhir apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia selepas menerima berkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Berita ini jelas tidak dapat diterima oleh segelintir netizen yang menyatakan bahawa mereka tidak memilih parti atau ahli parlimen yang tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya berharap semua rakyat Malaysia menerima baik keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Istana hari ini.” Kata Muhyiddin ketika ditemui media selepas menerima keputusan dari Agong semalam.

Sejak daripada itu, para netizen di Twitter mula meluahkan perasaan masing-masing. Tanda pagar #NotMyPM mula kedengaran di riuh pikuk sosial media.

https://twitter.com/rajeevvvvvv/status/1233740170366615552

https://twitter.com/NerwinNair3/status/1233702624496513024

Tan Sri Muyhyiddin Yassin baharu saja selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara hari ini. Turut bersama beliau adalah beberapa golongan kenamaan yang mula memasuki pintu Istana sejak jam 9.00 pagi tadi.

Cerita disebelah sana pula menyaksikan Tun Mahathir mula melancarkan perang ke atas Muhyiddin dengan menyatakan bahawa dirinya sudah dikhianati – PH sepatutnya mengadap YDPA hari ini bagi menunjukkan bukti bahawa mereka mempunyai cukup majoriti untuk membina kerajaan.

Manakala warganet pula menaikkan tanda pagar #NotMyPM, iaitu satu gerakan sosial media yang menunjukkan protes terhadap pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yasssin, namun ia dinaikkan bukan bertujuan untuk menentang keputusan YDPA.

https://twitter.com/rejaie/status/1233920178754215936

Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk meluahkan pandangan mereka kerana hak ini termaktub di dalam Pelembagaan Persekutuan. Tetapi perlu diingat bahawa semua perkara mempunyai limit dan tidak sampai ke tahap menghina.

Apa yang jelas, ada sekelompok netizen yang mula mempersoalkan tanda pagar #NotMyPM ini. Mereka menyatakan bahawa tanda pagar ini seolah-olah tidak menghormati keputusan agong.

Ada juga yang mengatakan bahawa ia dinaikkan oleh golongan yang tidak dapat menerima keputusan.

https://twitter.com/birdyaina/status/1233702617911480324

https://twitter.com/shafxq_/status/1233772901192491008

Ini jelas bahawa ada sekelompok yang tidak dapat menerima keputusan ini, manakala ada lagi sekelompok yang terbuka dengan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Walau apapun yang terjadi selama lebih seminggu ini, Malaysia perlu kembali fokus kepada isu semasa. Kesan melambatkan pelantikan Perdana Menteri akan memberi impak yang besar kepada beberapa isu yang sepatutnya menjadi keutamaan.

Kita doakan, semoga Malaysia akan jadi lebih baik. Di bawah adalah cerita mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM Ke-8.

Muhyiddin Yassin Dilantik Perdana Menteri Ke-8